Image title

Program Beli Terus Menang!



Terma & Syarat Penuh:

  1. Terbuka untuk Wakil Avon sahaja.

  2. Tempoh program mengikut tarikh yang tertera di poster program.

  3. Program ini terbuka kepada semua wakil Avon.

  4. Wakil Avon mesti membuat pembelian minimum RM250.00 dalam satu resit (kecuali barangan pada tawaran harga bersih) di mana-mana Butik Kecantikan Avon untuk melayakkan satu (1) Hadiah PERCUMA daripada senarai item program ini.

  5. Hadiah boleh dituntut serta merta. Produk percuma bergantung kepada senarai produk yang tersedia di cawangan.

  6. Hadiah adalah berdasarkan "Selagi stok masih ada". Sekiranya tiada lagi produk percuma tersedia di cawangan, Avon tidak akan mengeluarkan hadiah walaupun wakil tersebut telah layak. Tiada persefahaman lisan. Hadiah juga tidak boleh ditukar atau diganti.

  7. Setiap Wakil yang Layak adalah terhad kepada satu (1) produk percuma semasa Tempoh Program.   

  8. Semua hadiah tidak boleh dipindah-milik dan ditukar kepada sebarang hadiah / barangan lain / baucar, atau ditebus kepada wang tunai / debit dalam akaun sama ada sebahagian atau sepenuhnya.

  9. Syarikat berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Wakil Avon sekiranya Syarikat mengesyaki dan/atau percaya bahawa Wakil Avon atau AP:

    1. terlibat dalam kelakuan yang tidak beretika, menyalahi undang-undang dan/atau penipuan atau gagal mematuhi mana-mana Terma dan Syarat ini, Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993, Kod Tatakelakuan Persatuan Jualan Langsung Malaysia, mana-mana polisi, garis panduan atau prosedur operasi standard Syarikat;

    2. mempunyai akaun tertunggak dan/atau jumlah terhutang kepada Syarikat; dan/atau

    3. di mana Perjanjian Wakil Jualan Bebas dengan Syarikat ditamatkan atas apa jua sebab pada tempoh Program ini.

  10. Penyertaan dalam Program ini merupakan persetujuan Wakil Avon membenarkan Syarikat menggunakan/ memaparkan nama Wakil Avon dan gambar pemenang (jika berkenaan) di laman sesawang dan media sosial Syarikat untuk tujuan promosi, bahan-bahan pemasaran dan Program-Program Syarikat tanpa imbuhan tambahan

  11. Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin dialami, atau sebarang kecederaan peribadi di sepanjang Wakil menyertai Program ini dan/atau memenangi/penggunaan Hadiah.

  12. Dengan menyertai Program ini, Wakil Avon bersetuju dengan terma yang dinyatakan dalam Notis Privasi Syarikat, bahawa data peribadinya yang dikumpul atau diberikan oleh/kepada Syarikat boleh diproses, disimpan, dikumpul, digunakan oleh Syarikat, dan boleh didedahkan kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada kumpulan Syarikat, sama ada di dalam atau di luar Malaysia untuk sebarang tujuan. Sekiranya Wakil Avon menarik balik persetujuan untuk pemprosesan, pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan pendedahan data peribadinya oleh Syarikat, Wakil Avon hendaklah memberitahu Syarikat tentang niatnya secara bertulis.

  13. Syarikat mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, pengesahan dan/atau jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan ke atas kualiti dan/atau kebolehdagangan untuk tujuan khusus produk yang dijual oleh Syarikat.

  14. Wakil bersetuju untuk mengetepikan apa-apa hak yang dia mungkin ada terhadap Syarikat, pengarahnya, pemegang sahamnya, pegawainya, pekerjanya, wakilnya dan/atau ejennya berkenaan dengan sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin timbul dalam apa jua cara sekalipun berkaitan dengan Program ini.

  15. Dengan menyertai Program ini, Wakil Avon bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini (yang mungkin dipinda dari masa ke semasa dan oleh itu penyertaan berterusan Wakil Avon dalam Program ini akan membentuk penerimaan Wakil Avon terhadap perubahan tersebut), Notis Privasi Syarikat dan keputusan Syarikat mengenai Pemenang.

  16. Terma dan syarat Program ini yang diiklankan dalam mana-mana media akan menjadi sebahagian daripada terma dan syarat. Jika terdapat percanggahan atau ketidakselarasan antara terma dan syarat yang terkandung dalam mana-mana media Program ini, ia akan diguna pakai dan mengatasi terma dan syarat yang diiklankan dalam media tersebut.

  17. Anda boleh mendapatkan teks penuh Notis Privasi Syarikat di laman web Syarikat: Natura & Co Global Privacy Notice | Avon Malaysia 

Loading
Loading