
Terma & Syarat:
- Program ini direka khas untuk Wakil Avon bagi menggalakkan wakil-wakil Avon membuat pembelian secara langsung, online atau offline, lalu mengumpul mata ganjaran dan seterusnya membuat penebusan hadiah yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.
- Program ini terbuka untuk Wakil Avon,
- yang aktif sahaja,
- mempunyai rekod pembayaran kredit yang baik selepas disemak oleh pihak Avon Finance,
- serta cukup mata ganjaran untuk membuat penebusan.
- Pengumpulan mata ganjaran adalah secara BPS (Brochure Price Selling) terkumpul bermula 1 Jan 2025 sehingga 15 Jan 2026.
- Pengumpulan mata ganjaran dikira dari setiap pembelian di semua platform yang terdiri daripada Brosur, Risalah Shop&Earn dan poster-poster promosi yang ada pada setiap bulan/kempen.
- Mata ganjaran juga tidak boleh berpindah milik.
- Makluman awal tentang penebusan hadiah akan diberitahu melalui Telegram ePuteri untuk setiap suku-suku berikut,
- April 1-15, 2025
- July 1-15, 2025
- Oct 1-15, 2025
- Jan 1-15, 2026
- Sebarang rayuan, setelah tarikh penebusan TAMAT tidak akan dilayan & Wakil Avon harus menunggu tarikh penebusan yang seterusnya untuk membuat penebusan.
- Hadiah-hadiah penebusan juga akan berubah/bertambah dari masa ke semasa mengikut keputusan syarikat dan perubahan ini akan dimaklumkan melalui Telegram ePuteri.
- Wakil Avon akan mendapat notifikasi melalui SMS/WhatsApp untuk setiap peringkat tersebut,
- apabila borang penebusan diterima oleh pihak Avon dan semakan mata ganjaran telah disemak,
- borang penebusan hadiah akan dihantar ke Avon Finance terlebih dahulu sebelum di proses ke peringkat seterusnya. Wakil Avon akan menerima notifikasi tentang keputusan semakan, berjaya/tidak berjaya,
- borang yang berjaya akan mula diproses dan notifikasi akan tempoh penghantaran akan diberi kepada Wakil Avon,
- jika tempoh penghantaran diperlukan melebihi dari 3 minggu (waktu bekerja), notifikasi akan diberikan kepada Wakil Avon.
- Selepas penebusan untuk setiap mata ganjaran, wakil Avon akan diberitahu tentang baki mata ganjaran untuk
- Syarikat berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Wakil Avon sekiranya Syarikat mengesyaki dan/atau percaya bahawa Wakil:
- terlibat dalam kelakuan yang tidak beretika, menyalahi undang-undang dan/atau penipuan atau gagal mematuhi mana-mana Terma dan Syarat ini, Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993, Kod Tatakelakuan Persatuan Jualan Langsung Malaysia, mana-mana polisi, garis panduan atau prosedur operasi standard Syarikat;
- mempunyai akaun tertunggak dan/atau jumlah terhutang kepada Syarikat; dan/atau
- di mana Perjanjian Wakil Jualan Bebas dengan Syarikat ditamatkan atas apa jua sebab pada tempoh Program ini.
- Pihak Syarikat juga berhak menggantikan hadiah dengan mana-mana barangan yang sama nilainya, sekiranya hadiah yang ditawarkan tidak dapat disediakan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, tanpa perlu memberi sebarang notis atau alasan awal kepada mana-mana pihak, Sekiranya ini berlaku, Syarikat akan memaklumkan Wakil Avon tentang perubahan tersebut di laman sesawang Syarikat.
- Semua hadiah tidak boleh dipindah-milik dan ditukar kepada sebarang hadiah / barangan lain / baucar, atau ditebus kepada wang tunai / debit dalam akaun sama ada sebahagian atau sepenuhnya.
- Sepanjang program berlangsung, jika terdapat sebarang masalah mengenai penebusan hadiah, Wakil Avon boleh menghantar email ke Mycampaign@avon.com. Sila berikan 5 hari bekerja untuk pihak Avon menyemak status penebusan tersebut.
- Penyertaan dalam Program ini merupakan persetujuan Wakil Avon membenarkan Syarikat menggunakan/ memaparkan nama Wakil dan gambar pemenang (jika berkenaan) di laman sesawang dan media sosial Syarikat untuk tujuan promosi, bahan-bahan pemasaran dan Program-Program Syarikat tanpa imbuhan tambahan.
- Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin dialami, atau sebarang kecederaan peribadi di sepanjang peserta menyertai Program ini dan/atau memenangi/penggunaan Hadiah.
- Dengan menyertai Program ini, Wakil Avon bersetuju dengan terma yang dinyatakan dalam Notis Privasi Syarikat, bahawa data peribadinya yang dikumpul atau diberikan oleh/kepada Syarikat boleh diproses, disimpan, dikumpul, digunakan oleh Syarikat, dan boleh didedahkan kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada kumpulan Syarikat, sama ada di dalam atau di luar Malaysia untuk sebarang tujuan. Sekiranya Wakil Avon menarik balik persetujuan untuk pemprosesan, pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan pendedahan data peribadinya oleh Syarikat, Wakil Avon hendaklah memberitahu Syarikat tentang niatnya secara bertulis.
- Syarikat mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, pengesahan dan/atau jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan ke atas kualiti dan/atau kebolehdagangan untuk tujuan khusus produk yang dijual oleh Syarikat.
- Peserta bersetuju untuk mengetepikan apa-apa hak yang dia mungkin ada terhadap Syarikat, pengarahnya, pemegang sahamnya, pegawainya, pekerjanya, wakilnya dan/atau ejennya berkenaan dengan sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin timbul dalam apa jua cara sekalipun berkaitan dengan Program ini.
- Dengan menyertai Program ini, Wakil Avon bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini (yang mungkin dipinda dari masa ke semasa dan oleh itu penyertaan berterusan Wakil dalam Program ini akan membentuk penerimaan Wakil terhadap perubahan tersebut), Notis Privasi Syarikat dan keputusan Syarikat mengenai Pemenang.
- Terma dan syarat Program ini yang diiklankan dalam mana-mana media akan menjadi sebahagian daripada terma dan syarat. Jika terdapat percanggahan atau ketidakselarasan antara terma dan syarat yang terkandung dalam mana-mana media Program ini, ia akan diguna pakai dan mengatasi terma dan syarat yang diiklankan dalam media tersebut.
- Anda boleh mendapatkan teks penuh Notis Privasi Syarikat di laman web Syarikat [https://shop.avon.my/]