
Terma & Syarat:
1. Program ini berlangsung dari 1 Julai hingga 30 September 2025. ("Tempoh Program").
2. Program ini tersedia secara eksklusif kepada Wakil Diamond dan Diamond Elite Sahaja. Wakil yang layak mesti mengekalkan kedudukan baik sepanjang Tempoh Program dan tidak boleh digantung, dibatalkan atau ditamatkan oleh Avon.
3. Untuk melayakkan diri untuk hadiah Cabaran Suku 3, Wakil Avon mesti membuat pembelian mengikut tahap yang digariskan di bawah.
Tahap | Sasaran Suku 3, 2025 | Hadiah |
Tahap 1 | Pembelian bernilai RM 30,000 BPS dan ke atas | 1X Pembersih Vakum Kord Russell Taylors |
Tahap 2 | Pembelian bernilai RM 60,000 BPS dan ke atas | 1X Ketuhar Gelombang Mikro Digital Russell Taylors |
Tahap 3 | Pembelian bernilai RM 100,000 BPS dan ke atas | 1X Ketuhar 3-dalam-1 Russell Taylors |
4. Manakala kelayakan Bonus Tambahan adalah seperti di bawah.
Tahap | Julai | Ogos | September | Bonus Tambahan |
Tahap 1 | Pembelian bernilai RM 8,000 BPS dan ke atas | Pembelian bernilai RM 8,000 BPS dan ke atas | Pembelian bernilai RM 8,000 BPS dan ke atas | 1X set Mangkuk Seramik LUXE 4.5" (400ml) |
Tahap 2 | Pembelian bernilai RM 16,000 BPS dan ke atas | Pembelian bernilai RM 16,000 BPS dan ke atas | Pembelian bernilai RM 16,000 BPS dan ke atas | 1X Wafer Emas 999.9 (0.20g) HABIB |
Tahap 3 | Pembelian bernilai RM 24,000 BPS dan ke atas | Pembelian bernilai RM 24,000 BPS dan ke atas | Pembelian bernilai RM 24,000 BPS dan ke atas | 2X Wafer Emas 999.9 (0.20g) HABIB |
5. Pemenang akan diumumkan selepas 31 Oktober 2025 dan hadiah akan diserahkan oleh pengurus jualan masing-masing.
6. Setiap wakil layak untuk memenangi lebih daripada SATU (1) hadiah berdasarkan tahap pencapaian Cabaran Suku dan Bonus Tambahan.
i. Kelayakan untuk hadiah Cabaran Suku 3, 2025 bergantung pada pencapaian tahap tertinggi, manakala
ii. Kelayakan untuk hadiah Bonus Tambahan bergantung pada;
a. tahap pencapaian Cabaran Suku tertinggi dan
b. pencapaian bulanan tahap terendah, iaitu pembelian minima bulanan RM8,000 BPS dan ke atas.
Contoh:
Wakil | Julai | Ogos | September | Pencapaian untuk Suku 3, 2025 | Hadiah Cabaran Suku 3, 2025 | Bonus Tambahan | Penerangan |
A | Pembelian bernilai BPS RM 16,000 | Pembelian bernilai BPS RM 22,000 | Pembelian bernilai BPS RM 32,000 | BPS RM 70,000 | 1X Ketuhar Gelombang Mikro Digital | 1X Wafer Emas 999.9 (0.20g) HABIB | Mencapai tahap 2 Cabaran Suku & tahap 2 Bonus Tambahan |
B | Pembelian bernilai BPS RM 8,000 | Pembelian bernilai BPS RM 31,000 | Pembelian bernilai BPS RM 31,000 | BPS RM 70,000 | 1X Ketuhar Gelombang Mikro Digital | 1x set Mangkuk Seramik LUXE 4.5" (400ml) | Mencapai tahap 2 Cabaran Suku & tahap 1 Bonus Tambahan |
C | Pembelian bernilai BPS RM 5,000 | Pembelian bernilai BPS RM 30,000 | Pembelian bernilai BPS RM 35,000 | BPS RM 70,000 | 1X Ketuhar Gelombang Mikro Digital | NA | Tidak mencapai pembelian minima bulanan RM8,000 BPS untuk Bonus Tambahan |
D | Pembelian bernilai BPS RM 8,000 | Pembelian bernilai BPS RM 8,000 | Pembelian bernilai BPS RM 8,000 | BPS RM 24,000 | NA | NA | Tidak mencapai Tahap 1 Cabaran Suku, walaupun memenuhi pembelian minima bulanan RM8,000 BPS untuk Bonus Tambahan. |
E | Pembelian bernilai BPS RM 24,000 | Pembelian bernilai BPS RM 25,000 | Pembelian bernilai BPS RM 26,000 | BPS RM 75,000 | 1X Ketuhar Gelombang Mikro Digital | 1X Wafer Emas 999.9 (0.20g) HABIB | Mencapai tahap 2 Cabaran Suku & tahap 2 Bonus Tambahan, walaupun memenuhi pembelian minima bulanan RM24,000 BPS untuk Bonus Tambahan. |
7. Hadiah sah dengan pembelian dari Tawaran harga bersih, Brosur dan Shop & Earn Kempen 7-9, 2025. Sebarang pembelian barangan menggunakan diskaun tambahan Avon Rewards dalam mana-mana promosi yang dijalankan oleh Avon Malaysia, akan dikira sebagai pembelian bersih (Harga Bersih).
8. Pihak Syarikat berhak menggantikan hadiah dengan mana-mana barangan yang sama nilainya, sekiranya hadiah yang ditawarkan tidak dapat disediakan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, tanpa perlu memberi sebarang notis atau alasan awal kepada mana-mana pihak, Sekiranya ini berlaku, Syarikat akan memaklumkan Wakil tentang perubahan tersebut di laman sesawang Syarikat.
9. Semua hadiah tidak boleh dipindah-milik dan ditukar kepada sebarang hadiah / barangan lain / baucar, atau ditebus kepada wang tunai / debit dalam akaun sama ada sebahagian atau sepenuhnya.
10. Barangan yang dibeli semasa Tempoh Program, yang melayakkan wakil mendapat hadiah, akan dianggap muktamad dan tidak boleh dipulangkan dalam apa jua keadaan.
11. Syarikat berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Wakil sekiranya Syarikat mengesyaki dan/atau percaya bahawa Wakil:
- terlibat dalam kelakuan yang tidak beretika, menyalahi undang-undang dan/atau penipuan atau gagal mematuhi mana-mana Terma dan Syarat ini, Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993, Kod Tatakelakuan Persatuan Jualan Langsung Malaysia, mana-mana polisi, garis panduan atau prosedur operasi standard Syarikat;
mempunyai akaun tertunggak dan/atau jumlah terhutang kepada Syarikat; dan/atau
di mana Perjanjian Wakil Jualan Bebas dengan Syarikat ditamatkan atas apa jua sebab pada tempoh Program ini.
12. Penyertaan dalam Program ini merupakan persetujuan Wakil membenarkan Syarikat menggunakan/ memaparkan nama Wakil dan gambar pemenang (jika berkenaan) di laman sesawang dan media sosial Syarikat untuk tujuan promosi, bahan-bahan pemasaran dan Program-Program Syarikat tanpa imbuhan tambahan.
13. Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin dialami, atau sebarang kecederaan peribadi di sepanjang Peserta menyertai Program ini dan/atau memenangi/penggunaan Hadiah.
14. Dengan menyertai Program ini, Wakil bersetuju dengan terma yang dinyatakan dalam Notis Privasi Syarikat, bahawa data peribadinya yang dikumpul atau diberikan oleh/kepada Syarikat boleh diproses, disimpan, dikumpul, digunakan oleh Syarikat, dan boleh didedahkan kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada kumpulan Syarikat, sama ada di dalam atau di luar Malaysia untuk sebarang tujuan. Sekiranya Wakil menarik balik persetujuan untuk pemprosesan, pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan pendedahan data peribadinya oleh Syarikat, Wakil hendaklah memberitahu Syarikat tentang niatnya secara bertulis.
15. Syarikat mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, pengesahan dan/atau jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan ke atas kualiti dan/atau kebolehdagangan untuk tujuan khusus produk yang dijual oleh Syarikat.
16. Peserta bersetuju untuk mengetepikan apa-apa hak yang dia mungkin ada terhadap Syarikat, pengarahnya, pemegang sahamnya, pegawainya, pekerjanya, wakilnya dan/atau ejennya berkenaan dengan sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin timbul dalam apa jua cara sekalipun berkaitan dengan Program ini.
17. Dengan menyertai Program ini, Wakil bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini (yang mungkin dipinda dari masa ke semasa dan oleh itu penyertaan berterusan Wakil dalam Program ini akan membentuk penerimaan Wakil terhadap perubahan tersebut), Notis Privasi Syarikat dan keputusan Syarikat mengenai Pemenang.
18. Terma dan syarat Program ini yang diiklankan dalam mana-mana media akan menjadi sebahagian daripada terma dan syarat. Jika terdapat percanggahan atau ketidakselarasan antara terma dan syarat yang terkandung dalam mana-mana media Program ini, ia akan diguna pakai dan mengatasi terma dan syarat yang diiklankan dalam media tersebut.
19. Anda boleh mendapatkan teks penuh Notis Privasi Syarikat di laman web Syarikat [https://shop.avon.my/]