NOV BLITZ PROGRAMME
1-30 NOVEMBER 2024
FOR BRONZE, SILVER, GOLD & PLATINUM
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Terma & Syarat:
Terbuka untuk wakil Avon berstatus BRONZE, SILVER, GOLD dan PLATINUM sahaja.
Terbuka untuk pembelian di Butik Kecantikan Avon atau secara atas talian pada 1 – 30 November 2024 dengan pembelian minima kumulatif bernilai RM3500 BPS.
Terhad satu (1) hadiah untuk setiap pemenang.
Hadiah sah dengan pembelian dari Tawaran harga bersih, Brosur dan Shop & Earn Kempen 11, 2024. Sebarang pembelian barangan menggunakan diskaun tambahan Avon Rewards dalam mana-mana promosi yang dijalankan oleh Avon Malaysia, akan dikira sebagai pembelian bersih (Harga Bersih).
Pemenang akan diumumkan selepas 31 Disember 2024 dan hadiah boleh diambil dari Butik Kecantikan Avon masing-masing.
Pihak Syarikat berhak menggantikan hadiah dengan mana-mana barangan yang sama nilainya, sekiranya hadiah yang ditawarkan tidak dapat disediakan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, tanpa perlu memberi sebarang notis atau alasan awal kepada mana-mana pihak, Sekiranya ini berlaku, Syarikat akan memaklumkan Wakil tentang perubahan tersebut di laman sesawang Syarikat.
Semua hadiah tidak boleh dipindah-milik dan ditukar kepada sebarang hadiah / barangan lain / baucar, atau ditebus kepada wang tunai / debit dalam akaun sama ada sebahagian atau sepenuhnya.
Syarikat berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Wakil sekiranya Syarikat mengesyaki dan/atau percaya bahawa Wakil:
terlibat dalam kelakuan yang tidak beretika, menyalahi undang-undang dan/atau penipuan atau gagal mematuhi mana-mana Terma dan Syarat ini, Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993, Kod Tatakelakuan Persatuan Jualan Langsung Malaysia, mana-mana polisi, garis panduan atau prosedur operasi standard Syarikat;
mempunyai akaun tertunggak dan/atau jumlah terhutang kepada Syarikat; dan/atau
di mana Perjanjian Wakil Jualan Bebas dengan Syarikat ditamatkan atas apa jua sebab pada tempoh Program ini.
Penyertaan dalam Program ini merupakan persetujuan Wakil membenarkan Syarikat menggunakan/ memaparkan nama Wakil dan gambar pemenang (jika berkenaan) di laman sesawang dan media sosial Syarikat untuk tujuan promosi, bahan-bahan pemasaran dan Program-Program Syarikat tanpa imbuhan tambahan.
Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin dialami, atau sebarang kecederaan peribadi di sepanjang Peserta menyertai Program ini dan/atau memenangi/penggunaan Hadiah.
Dengan menyertai Program ini, Wakil bersetuju dengan terma yang dinyatakan dalam Notis Privasi Syarikat, bahawa data peribadinya yang dikumpul atau diberikan oleh/kepada Syarikat boleh diproses, disimpan, dikumpul, digunakan oleh Syarikat, dan boleh didedahkan kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada kumpulan Syarikat, sama ada di dalam atau di luar Malaysia untuk sebarang tujuan. Sekiranya Wakil menarik balik persetujuan untuk pemprosesan, pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan pendedahan data peribadinya oleh Syarikat, Wakil hendaklah memberitahu Syarikat tentang niatnya secara bertulis.
Syarikat mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, pengesahan dan/atau jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan ke atas kualiti dan/atau kebolehdagangan untuk tujuan khusus produk yang dijual oleh Syarikat.
Peserta bersetuju untuk mengetepikan apa-apa hak yang dia mungkin ada terhadap Syarikat, pengarahnya, pemegang sahamnya, pegawainya, pekerjanya, wakilnya dan/atau ejennya berkenaan dengan sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin timbul dalam apa jua cara sekalipun berkaitan dengan Program ini.
Dengan menyertai Program ini, Wakil bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini (yang mungkin dipinda dari masa ke semasa dan oleh itu penyertaan berterusan Wakil dalam Program ini akan membentuk penerimaan Wakil terhadap perubahan tersebut), Notis Privasi Syarikat dan keputusan Syarikat mengenai Pemenang.
Terma dan syarat Program ini yang diiklankan dalam mana-mana media akan menjadi sebahagian daripada terma dan syarat. Jika terdapat percanggahan atau ketidakselarasan antara terma dan syarat yang terkandung dalam mana-mana media Program ini, ia akan diguna pakai dan mengatasi terma dan syarat yang diiklankan dalam media tersebut.
Anda boleh mendapatkan teks penuh Notis Privasi Syarikat di laman web Syarikat https://shop.avon.my/natura-globalprivacynotice