TERMA & SYARAT PENUH

KEMPEN PROGRAM CABARAN CAPAI DAN MENANG TTA/EVE 2023 DARI 1 MAC 2023 – 30 APRIL 2023

(“Kempen Program Cabaran Capai & Menang TTA/EVE”)


Dengan mengambil bahagian dalam Kempen Program Cabaran Capai & Menang TTA/EVE 2023 (“Kempen/Program”), anda bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat peraduan serta keputusan yang telah ditetapkan.


  • Program cabaran ini dianjurkan oleh Avon Cosmetics (Malaysia) Sendirian Berhad (No.Syarikat 197201001153 (12757-D)), Nombor Lesen Jualan Langsung AJL 93001 (“Syarikat”), dengan alamat perniagaannya di Unit 6-1, Level 6, Tower 2A, UOA Business Park, No.1 Jalan Pengaturcara U1/51A, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.


  • Tujuan Program Cabaran Capai & Menang TTA/EVE adalah untuk memberi ganjaran kepada Wakil Bebas Avon (“IAR”) yang mencapai sasaran jualan unit kumulatif yang ditentukan dalam tempoh program.


  • Tempoh Program Cabaran Capai & Menang TTA/EVE adalah dari 1 Mac 2023 hingga 30 April 2023 (“Tempoh Kempen”).


  • Program Cabaran Capai & Menang TTA/EVE terbuka kepada Semua Wakil Bebas Avon Malaysia, berumur 18 tahun ke atas (“IAR”). IAR akan dirujuk sebagai “Peserta”.


  • Sasaran jualan unit kumulatif yang ditentukan dalam Tempoh Kempen ini termasuk produk haruman Avon yang dinyatakan dalam perenggan 6,  kecuali unit barangan percuma dari risalah Shop & Earn.
  • Cabaran sah dengan pembelian haruman di kempen March – April (C3 – C4) 2023 berikut:
    • TTA Today EDP 50ml;
    • TTA Tomorrow EDP 50ml;
    • TTA Always EDP 50ml;
    • Eve Truth EDP 50ml.
  • Hadiah untuk Kempen in adalah seperti berikut, di mana setiap satu bernilai RM102.00:
    • Produk Haruman Eve Truth EDP 50ml;
    • TTA Today EDP 50ml;
    • TTA Tomorrow EDP 50ml; 
    • TTA Always EDP 50ml bernilai RM102.00.


  • Pemenang akan dipilih mengikut kriteria yang dinyatakan dalam perenggan 8 Terma dan Syarat ini (selepas ini dirujuk sebagai "Pemenang").



Tahap



Sasaran Jualan Kumulatif (Unit)


Dari 1 Mac – 30 April 2023


 



Hadiah



Nilai Hadiah


(RM)



Tahap 1



Beli mana-mana 50 unit  produk TTA Today/ Tomorrow/ Always EDP 50ml atau EVE EDP 50ml



2  unit Eve Truth EDP 50ml


1 unit TTA Tomorrow EDP 50ml


1 unit TTA Always EDP 50ml


1 unit TTA Today EDP 50ml





RM102.00 x 5 unit =RM510.00



Tahap 2



Beli mana-mana 100 unit  produk TTA Today/ Tomorrow/ Always EDP 50ml atau EVE EDP 50ml



2  unit Eve Truth EDP 50ml


4 unit TTA Tomorrow EDP 50ml


4 unit TTA Always EDP 50ml


4 unit TTA Today EDP 50ml





RM102.00 x 14 unit = RM1,428.00




  • Setiap Peserta hanya boleh memenangi satu hadiah dari Tahap 1 atau Tahap 2 untuk Program ini.

  • Hadiah adalah dalam bentuk produk, tidak boleh dipindah-milik dan ditukar kepada sebarang hadiah / barangan lain / baucar, atau ditebus kepada wang tunai / debit dalam akaun sama ada sebahagian atau sepenuhnya.

  • Syarikat berhak mengantikan Hadiah dengan mana-mana barangan yang sama nilainya, sekiranya hadiah yang ditawarkan tidak dapat disediakan. Sekiranya ini berlaku, Syarikat akan memaklumkan Peserta tentang perubahan tersebut di laman sesawang Syarikat.

  • Pengumuman keputusan dan Pemenang yang layak memenangi Hadiah akan diadakan pada 31 Mei 2023 dan hadiah akan diberi pada tarikh yang akan ditetapkan. Pemenang akan dihubungi melalui surat rasmi dan/atau panggilan telefon daripada Syarikat berdasarkan maklumat Wakil Bebas Avon yang didaftar di dalam pangkalan data Avon sebagai “Wakil Avon Syarikat” dan/atau “Borang Penyertaan”. Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya:
    • Pemenang tidak dapat dihubungi tanpa sebarang alasan;
    • Kelewatan atau ketidaksampaian notis pemberitahuan kepada Pemenang;
    • Penebusan hadiah tidak dilayan setelah tamat tempoh penebusan hadiah.
  • Keputusan Syarikat mengenai Pemenang adalah muktamad dan sebarang percubaan untuk mempertikaikan keputusan tersebut tidak akan dilayan.
  • Syarikat berhak untuk membatalkan mana-mana Hadiah yang tidak dituntut selama tiga puluh hari selepas keputusan diumumkan atau hadiah akan dikembalikan atas sebab tidak dapat dihantar.
  • Syarikat berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta sekiranya Syarikat mengesyaki dan/atau percaya bahawa Peserta:
    • terlibat dalam kelakuan yang tidak beretika, menyalahi undang-undang dan/atau penipuan atau gagal mematuhi mana-mana Terma dan Syarat ini, Akta Jualan Langsung, Akta Skim Anti-Pyramid 1993, Kod Tatakelakuan Persatuan Jualan Langsung Malaysia, mana-mana polisi, garis panduan atau prosedur operasi standard Syarikat;
    • membuat pemulangan mana-mana produk dalam tempoh dan/atau mendapat bayaran balik, yang mengakibatkan pengurangan kriteria kelayakan yang dinyatakan dalam perenggan 8 Terma dan Syarat ini;
    • mempunyai akaun tertunggak dan/atau jumlah terhutang kepada Syarikat; dan/atau
    • di mana Perjanjian Wakil Jualan Bebas dengan Syarikat ditamatkan atas apa jua sebab pada tempoh syarikat untuk menentukan pemenang Program Cabaran Capai & Menang TTA/EVE.


  • Jika perlu, pemenang hendaklah membentangkan semua dokumentasi yang dianggap perlu oleh Syarikat untuk membenarkan Syarikat dan penerima serah hak mereka menggunakan, memaparkan, menyalin, mengubah suai, mengedar, menerbitkan, menjual, menyerahkan hak, menukar, melesenkan, sub-lesen, di mana-mana dan semua lokasi, dalam apa jua medium, bentuk atau format, dalam sebarang nombor, imej atau rupa atau namanya dalam mana-mana gambar, imej, video, gambar bergerak, rakaman bunyi dan pengeluaran semulanya, dan sebarang biografi maklumat yang diberikan oleh Pemenang kepada Syarikat


  • Penyertaan dalam Kempen ini merupakan persetujuan Peserta membenarkan Syarikat menggunakan/ memaparkan nama Peserta dan Gambar Pemenang (jika berkenaan) di laman sesawang dan media sosial Syarikat untuk tujuan promosi, bahan-bahan pemasaran dan aktiviti-aktiviti Syarikat tanpa imbuhan tambahan.
  • Jika berkenaan, segala kos yang berkaitan dengan Kempen ini seperti panggilan telefon, penginapan, pengangkutan, peribadi dan sebarang kos perbelanjaan berkaitan ke pejabat Syarikat untuk penerimaan Hadiah adalah tanggungjawab penuh semua Peserta/Pemenang.


  • Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin dialami, atau sebarang kecederaan peribadi di sepanjang Peserta menyertai Program Cabaran Capai & Menang TTA/EVE dan/atau memenangi/penggunaan Hadiah.
  • Dengan menyertai Program Cabaran Capai & Menang TTA/EVE, Peserta bersetuju dengan terma yang dinyatakan dalam Notis Privasi Syarikat, bahawa data peribadinya yang dikumpul atau diberikan oleh/kepada Syarikat boleh diproses, disimpan, dikumpul, digunakan oleh Syarikat, dan boleh dizahirkan kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada kumpulan syarikat Avon, sama ada di dalam atau di luar Malaysia untuk sebarang tujuan. Sekiranya Peserta menarik balik persetujuan untuk pemprosesan, pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan pendedahan data peribadinya oleh Syarikat, Peserta hendaklah memberitahu Syarikat tentang niatnya secara bertulis.
  • Syarikat mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, pengesahan dan/atau jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan ke atas kualiti dan/atau kebolehdagangan untuk tujuan khusus produk yang dijual oleh Syarikat.
  • Peserta bersetuju untuk mengentepikan apa-apa hak yang dia mungkin ada terhadap Syarikat, pengarahnya, pemegang sahamnya, pegawainya, pekerjanya, wakilnya dan/atau ejennya berkenaan dengan sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin timbul dalam apa jua cara sekalipun berkaitan dengan Program Cabaran Capai & Menang TTA/EVE.
  • Dengan menyertai Program Cabaran Capai & Menang TTA/EVE, Peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini (yang mungkin dipinda dari masa ke semasa dan oleh itu penyertaan berterusan Peserta dalam Program Cabaran Capai & Menang TTA/EVE akan membentuk penerimaan Peserta terhadap perubahan tersebut), Notis Privasi Syarikat dan keputusan Syarikat mengenai Pemenang.
  • Terma dan syarat Program Cabaran Capai & Menang TTA/EVE ini yang diiklankan dalam mana-mana media akan menjadi sebahagian daripada terma dan syarat. Jika terdapat percanggahan atau ketidakselarasan antara terma dan syarat yang terkandung dalam mana-mana media Program Cabaran Capai & Menang TTA/EVE, ia akan diguna pakai dan mengatasi terma dan syarat yang diiklankan dalam media tersebut.
  • Anda boeh mendapatkan teks Notis Privasi Syarikat penuh di laman sesawang Syarikat [https://shop.avon.my/].
Loading
Loading