Cabaran Top Seller Far Away 2024
Terma & Syarat:
- Program ini terbuka kepada Wakil Avon sahaja.
- Tempoh Program adalah dari 15 NOVEMBER 2024 – 31 JANUARI 2025.
- Tujuan Program adalah untuk memberi ganjaran dan pengiktirfan kepada Wakil yang mencapai sasaran jualan kumulatif tertinggi untuk haruman Avon berjenama Far Away dalam Tempoh Program untuk Kategori Nasional dan Kagegory Wilayah.
- Sasaran jualan kumulatif program ini sah dengan pembelian rangkaian produk haruman Avon berjenama Far Away, termasuk Eau de Parfum, Parfum 50ml, Purse Spray 10ml, Roll on Deodorant ROD 40ml dan 75ml, Body Spray 120ml dan Skin Softener 150g sahaja.
- Setiap Peserta hanya boleh memenangi satu hadiah sahaja.
- Setiap peserta mestilah mencapai sasaran minima RM3,000** dalam tempoh cabaran untuk memenangi ganjaran hadiah.
- Hadiah adalah dalam bentuk produk Far Away Avon dan baucar ZALORA mengikut kategori berikut:
- Kategori A: Far AwayTop Seller (Nasional)
Wakil Avon yang mencapai pembelian* rangkaian haruman Avon jenama Far Away tertinggi seluruh negara bakal menjadi Top Seller Far Away Nasional dan memenangi produk Far Away Avon bernilai RM381.00 dan baucar ZALORA bernilai RM800.00. - Kategori B: Far Away Top Seller (Wilayah)
5 orang Wakil Avon di setiap wilayah* dengan pembelian** rangkaian haruman Avon jenama Far Away tertinggi bakal menjadi Top Seller Far Away Wilayah dan memenagi produk Far Away Avon bernilai RM381.00 dan baucar ZALORA bernilai RM200.00 setiap pemenang.
* Central, Northen, Southern, East Coast, East Malaysia
** Berdasarkan Jualan Harga Brosur – BPS Brochure Price Sales
- Kategori A: Far AwayTop Seller (Nasional)
- Hadiah tidak boleh dipindah-milik dan ditukar kepada sebarang hadiah / barangan lain / baucar, atau ditebus kepada wang tunai / debit dalam akaun sama ada sebahagian atau sepenuhnya.
- Syarikat berhak menggantikan Hadiah dengan mana-mana barangan yang sama nilainya, sekiranya hadiah yang ditawarkan tidak dapat disediakan, tanpa perlu memberi sebarang notis atau alasan awal kepada mana-mana pihak, Sekiranya ini berlaku, Syarikat akan memaklumkan Peserta tentang perubahan tersebut di laman sesawang Syarikat.
- Pengumuman keputusan dan Pemenang adalah pada 21 February 2025 dan hadiah akan diberi pada tarikh yang akan ditetapkan. Pemenang akan dihubungi melalui surat rasmi dan/atau panggilan telefon daripada Syarikat berdasarkan maklumat Wakil yang didaftar di dalam pangkalan data Avon sebagai “Wakil Avon Syarikat” dan/atau “Borang Penyertaan”. Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya:
- Pemenang tidak dapat dihubungi tanpa sebarang alasan;
- Kelewatan atau ketidaksampaian notis pemberitahuan kepada Pemenang;
- Penebusan hadiah tidak dilayan setelah tamat tempoh penebusan hadiah.
- Keputusan Syarikat mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Program ini (termasuk tafsiran Terma & Syarat ini) adalah muktamad dan sebarang percubaan untuk mempertikaikan keputusan tersebut tidak akan dilayan. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara Terma & Syarat ini dengan sebarang bentuk cagaran publisiti lain yang berkaitan dengan Program ini, Terma & Syarat ini akan diguna pakai.
- Syarikat berhak untuk membatalkan mana-mana Hadiah yang tidak dituntut selama tiga puluh (30) hari selepas keputusan diumumkan atau hadiah akan dikembalikan atas sebab tidak dapat dihantar.
- Syarikat berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta sekiranya Syarikat mengesyaki dan/atau percaya bahawa Peserta:
- terlibat dalam kelakuan yang tidak beretika, menyalahi undang-undang dan/atau penipuan atau gagal mematuhi mana-mana Terma dan Syarat ini, Akta Jualan Langsung, Akta Skim Anti-Pyramid 1993, Kod Tatakelakuan Persatuan Jualan Langsung Malaysia, mana-mana polisi, garis panduan atau prosedur operasi standard Syarikat;
- membuat pemulangan mana-mana produk dalam tempoh dan/atau mendapat bayaran balik, yang mengakibatkan pengurangan kriteria kelayakan yang dinyatakan dalam Terma & Syarat ini;
- mempunyai akaun tertunggak dan/atau jumlah terhutang kepada Syarikat; dan/atau
- di mana Perjanjian Wakil Jualan Bebas dengan Syarikat ditamatkan atas apa jua sebab pada tempoh syarikat untuk menentukan pemenang Program ini.