Lucky Draw Contenst

22–31 July 2025 (Bronze & Silver only)

Image title


Terma & Syarat:

1. Terbuka untuk Wakil Avon berstatus BRONZE dan SILVER sahaja.

2. Untuk menyertai cabutan bertuah:

    i. Wakil Avon berstatus BRONZE atau SILVER mesti membuat pembelian minima bernilai     RM100.00 harga brosur dan ke atas dalam satu resit dari 22 – 31 Julai 2025 untuk     melayakkan diri menerima satu (1) tiket penyertaan cabutan bertuah.

    ii. Terhad kepada 10 tiket penyertaan cabutan bertuah bagi setiap Wakil.

    iii. 23 hadiah (“Hadiah”) boleh dimenangi oleh Peserta yang layak (“Pemenang”) seperti     berikut;

  •     Tiga (3) Jam Tangan Komono bernilai RM549.00 setiap satu;

  •      Dua puluh (20) 99 Speedmart baucar bernilai RM50 setiap satu

3. Pemenang akan diumumkan selepas 15 Oktober 2025 dan hadiah akan diserahkan oleh     pengurus jualan masing-masing.

4. Setiap wakil yang layak adalah terhad kepada satu (1) hadiah semasa Tempoh Program.     Kelayakan untuk hadiah bergantung pada pencapaian peringkat tertinggi.

5. Pihak Syarikat berhak menggantikan hadiah dengan mana-mana barangan yang sama     nilainya, sekiranya hadiah yang ditawarkan tidak dapat disediakan atas sebab-sebab yang     tidak dapat dielakkan, tanpa perlu memberi sebarang notis atau alasan awal kepada mana-    mana pihak, Sekiranya ini berlaku, Syarikat akan memaklumkan Wakil tentang perubahan     tersebut di laman sesawang Syarikat.

6. Semua hadiah tidak boleh dipindah-milik dan ditukar kepada sebarang hadiah / barangan     lain / baucar, atau ditebus kepada wang tunai / debit dalam akaun sama ada sebahagian atau     sepenuhnya.

7. Syarikat berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Wakil sekiranya Syarikat     mengesyaki dan/atau percaya bahawa Wakil:

    i. terlibat dalam kelakuan yang tidak beretika, menyalahi undang-undang dan/atau penipuan     atau gagal mematuhi mana-mana Terma dan Syarat ini, Akta Jualan Langsung dan Skim     Anti-Piramid 1993, Kod Tatakelakuan Persatuan Jualan Langsung Malaysia, mana-mana     polisi, garis panduan atau prosedur operasi standard Syarikat;

    ii. mempunyai akaun tertunggak dan/atau jumlah terhutang kepada Syarikat; dan/atau

    iii. di mana Perjanjian Wakil Jualan Bebas dengan Syarikat ditamatkan atas apa jua sebab     pada tempoh Program ini.

8. Penyertaan dalam Program ini merupakan persetujuan Wakil membenarkan Syarikat     menggunakan/ memaparkan nama Wakil dan gambar pemenang (jika berkenaan) di laman     sesawang dan media sosial Syarikat untuk tujuan promosi, bahan-bahan pemasaran dan     Program-Program Syarikat tanpa imbuhan tambahan.

9. Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang     mungkin dialami, atau sebarang kecederaan peribadi di sepanjang Peserta menyertai     Program ini dan/atau memenangi/penggunaan Hadiah.

10. Dengan menyertai Program ini, Wakil bersetuju dengan terma yang dinyatakan dalam Notis     Privasi Syarikat, bahawa data peribadinya yang dikumpul atau diberikan oleh/kepada     Syarikat boleh diproses, disimpan, dikumpul, digunakan oleh Syarikat, dan boleh     didedahkan kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada kumpulan Syarikat,     sama ada di dalam atau di luar Malaysia untuk sebarang tujuan. Sekiranya Wakil menarik     balik persetujuan untuk pemprosesan, pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan     pendedahan data peribadinya oleh Syarikat, Wakil hendaklah memberitahu Syarikat tentang     niatnya secara bertulis.

11. Syarikat mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, pengesahan dan/atau     jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad     kepada, sebarang jaminan ke atas kualiti dan/atau kebolehdagangan untuk tujuan khusus     produk yang dijual oleh Syarikat.

12. Peserta bersetuju untuk mengetepikan apa-apa hak yang dia mungkin ada terhadap     Syarikat, pengarahnya, pemegang sahamnya, pegawainya, pekerjanya, wakilnya dan/atau     ejennya berkenaan dengan sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin timbul dalam        apa jua cara sekalipun berkaitan dengan Program ini.

13. Dengan menyertai Program ini, Wakil bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini     (yang mungkin dipinda dari masa ke semasa dan oleh itu penyertaan berterusan Wakil dalam     Program ini akan membentuk penerimaan Wakil terhadap perubahan tersebut), Notis Privasi     Syarikat dan keputusan Syarikat mengenai Pemenang.

14. Terma dan syarat Program ini yang diiklankan dalam mana-mana media akan menjadi     sebahagian daripada terma dan syarat. Jika terdapat percanggahan atau ketidakselarasan     antara terma dan syarat yang terkandung dalam mana-mana media Program ini, ia akan     diguna pakai dan mengatasi terma dan syarat yang diiklankan dalam media tersebut.

15. Anda boleh mendapatkan teks penuh Notis Privasi Syarikat di laman web Syarikat     [https://shop.avon.my/]

Loading
Loading