TERMA DAN PERATURAN WAKIL JUALAN AVON

Kontrak Wakil Jualan Avon (“Kontrak”) ini dibuat di antara:-
Individu yang mana nama, alamat dan maklumat peribadinya dinyatakan di dalam Borang Pendaftaran Pelantikan Wakil Jualan Avon (“Borang Perlantikan”) dengan Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd (No. Pendaftaran Syarikat 12757-D, No. AJL 93001) Syarikat yang didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia dengan alamat perniagaannya di Unit 6-1, Level 6, Tower 2B, UOA Business Park, No.1 Jalan Pengaturcara U1/51A, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor.

Nota: Pada masa anda menandatangani Borang Pelantikan ini, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca, meneliti, memahami dan menerima terma Kontrak ini serta terma dan peraturannya dan membentuk persetujuan anda untuk terikat dengan Kontrak ini.

1. PENDAFTARAN
a. Wakil Jualan Avon (“Wakil ”) mengesahkan beliau berumur 18 tahun ke atas.
b.Nota: Pada masa anda menandatangani Borang Pelantikan ini, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca, meneliti, memahami dan menerima terma Kontrak ini serta terma dan peraturannya dan membentuk persetujuan anda untuk terikat dengan Kontrak ini. 

2. PEMERIKSAAN KREDIT
a.Selaras dengan Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 (“Akta”), Wakil memberi kebenaran sepenuhnya kepada Avon untuk mendedahkan sebarang maklumat kredit (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta) yang berkaitan dengan Wakil dan/atau kepada CTOS, RAM Credit Information Sdn Bhd atau mana-mana sumber yang disifatkan sesuai untuk mengesahkan sejarah kredit Wakil yang mana Avon dan/atau CTOS, RAM Credit Information Sdn Bhd atau mana-mana sumber dianggap sesuai di bawah mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan, keperluan peraturan atau arahan berhubung dengan permohonan kredit Wakil atau transaksi dengan Avon untuk tujuan berikut (tetapi tidak terhad kepada) pembukaan akaun bersama Avon, penilaian kredit, pemberian kredit, semakan akaun, pemantauan kredit / akaun, penuntutan hutang, dokumentasi undang-undang dan tindakan bersetuju dengan kontrak atau kemudahan yang diberi. Kebenaran tersebut tetap kekal sepanjang tempoh Kontrak ini berkuatkuasa. 

3. TEMPOH BERTENANG (“COOLING OFF PERIOD”)
a.Wakil boleh menarik balik permohonan untuk pendaftaran sebagai Wakil tanpa sebab dalam masa sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh Kontrak ini dengan memberikan notis bertulis kepada Avon dan Avon akan mengembalikan wang pendaftaran yang telah dibayar oleh Wakil (sekiranya ada), tanpa faedah, dalam masa sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh penerimaan notis untuk membatalkan permohonan sebagai Wakil. 
b.Sepanjang tempoh bertenang, Wakil perlu mengembalikan semua produk kepada Avon untuk tujuan pengembalian wang tertakluk kepada syarat, produk tersebut haruslah masih dalam keadaan asal sepertimana yang dibekalkan oleh Avon. Sebarang hadiah percuma semasa pendaftaran harus dikembalikan kepada Avon dalam keadaan asal sepertimana yang dibekalkan oleh Avon. 
c.Jika notis bertulis diberikan menurut 3(a) di atas, Kontrak ini akan dianggap telah dibatalkan dengan persetujuan bersama dan tidak pernah berkuat kuasa. 

4. AKTIVITI
a.Avon membenarkan Wakil membeli produk Avon pada harga borong, tertakluk kepada polisi jualan, syarat pemasaran, insentif atau kompensasi yang ditetapkan oleh Avon. Seterusnya, Wakil bersetuju untuk melakukan aktiviti-aktiviti berikut untuk Avon:- 
• Membeli produk dari Avon eksklusif untuk penjualan, memohon dan mengekalkan semua permit lesen yang diperlukan untuk melaksanakan perniagaan.
• Membayar segala pembelian berdasarkan syarat kredit dan polisi berkenaan, pada tarikh yang ditetapkan tanpa perlu dituntut.
• Bertanggungjawab dengan sebarang tindak-tanduk perniagaan termasuk membayar cukai bagi pematuhan undang-undang berkenaan sebagaimana yang berkuatkuasa dan efektif sepanjang tempoh Kontrak ini.
• Memaklumkan Avon dengan segera sebarang perubahan maklumat peribadi yang berkaitan dalam melaksanakan tanggungjawab Wakil di bawah Kontrak ini.
b. Wakil bersetuju bahawa sekiranya beliau mempromosi dan menjual produk Avon, beliau hendaklah:-
• Mematuhi tradisi integriti Avon dan perkhidmatan peribadi serta Jaminan Avon yang berkenaan;
• Tidak membuat sebarang kenyataan, tuntutan, representasi, atau melakukan sebaran tindakan yang akan menjejaskan nama, reputasi atau nama baik Avon;
• Hanya menjual kepada konsumer dan tidak menjual produk Avon kepada atau melalui pihak ketiga, sebarang entiti perniagaan atau sebarang jenis pertubuhan runcit atau sebarang ruangan internet melainkan dibenarkan secara bertulis oleh Avon; dan
• Tidak mengeksport produk Avon atau menjual produk kepada individu yang diketahui akan
mengeksport produk tersebut melainkan dengan kebenaran bertulis Avon.

5. KONFLIK KEPENTINGAN
a. Wakil boleh melibatkan diri dalam sebarang perniagaan, pekerjaan atau aktiviti lain tertakluk kepada, perniagaan, pekerjaan atau aktiviti tersebut tidak, pada pandangan Avon mengakibatkan sebarang pelanggaran atau konflik dalam apa-apa cara dengan sebarang tanggungjawab Wakil di bawah kontrak ini atau konflik dengan kepentingan Avon.
b. Sekiranya Wakil telah melibatkan diri dan/atau terlibat dalam sebarang perniagaan yang lain, pekerjaan atau aktiviti lain yang mengakibatkan atau boleh mengakibatkan sebarang pelanggaran kepada atau konflik dalam apa cara sekalipun dengan sebarang tanggungjawab Wakil di bawah Kontrak ini atau konflik dengan kepentingan Avon, Wakil haruslah memaklumkan tentang perkara tersebut kepada Avon dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh melibatkan diri dan/atau dari tarikh Wakil sedar Wakil telah melibatkan diri.

6. STATUS
a. Wakil bersetuju bahawa beliau adalah Wakil Jualan Avon dan bukan seorang kakitangan, ejen atau rakan kongsi Avon dan tidak mempunyai kuasa untuk mengikat Avon dengan kontrak atau menanggung sebarang liabiliti bagi pihak Avon;
b. Wakil bersetuju bahawa beliau hendaklah bertanggungjawab untuk mematuhi segala perkara berkaitan status individu bekerja sendiri termasuk pembayaran semua cukai-cukai, pencen, sumbangan insuran atau perbelanjaan perniagaan dan harus memiliki lesen, permit, insuran dan pendaftaran atas kos sendiri untuk menjalankan perniagaan dan aktiviti Avon.

7. PESANAN
Semua pembelian adalah tertakluk kepada ketersediaan produk dan penerimaan Avon.

8. BAYARAN
a. Wakil bersetuju untuk memberikan dan membayar semua pesanan dan sebarang kemudahan kredit yang diberikan kepada Wakil lanjutan dari terma-terma dan syarat- syarat pembayaran
yang dinyatakan di dalam polisi, prosedur dan garis panduan yang berkenaan.
b. Avon tidak mempunyai kewajipan untuk memenuhi sebarang pesanan di masa hadapan sekiranya Wakil gagal untuk membayar sebarang pesanan yang lepas atau sekiranya terdapat sebarang jumlah yang tertunggak kepada Avon atau sekiranya akaun tidak berada dalam kedudukan yang baik. Sebagai tambahan, Avon mempunyai hak untuk menahan dan menolak kesemua atau sebahagian bayaran yang perlu dibayar kepada Wakil dari segi diskaun, komisen, anugerah, insentif atau bayaran lain.

9. DISKAUN
Wakil akan menerima diskaun atas harga runcit produk Avon sekiranya pesanan Wakil menepati nilai pesanan minimum dan kriteria yang dipinda oleh Avon dari semasa ke semasa.

10. HARTA INTELEK
(“INTELLECTUAL PROPERTY”)

a. Wakil bersetuju bahawa, melainkan setakat dibenarkan di dalam polisi, prosedur dan panduan yang berkenaan, tidak akan menggunakan atau mengeksploitasi hak harta intelek Avon yang termasuk tanpa had kepada tanda niaga atau tanda nama atau sebarang logo, nama produk, reka bentuk atau hakcipta kepunyaan Avon.
b. Wakil bersetuju bahawa semua bahan pengiklanan hendaklah mematuhi polisi dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Avon dari masa ke semasa dan Avon berhak memohon pengeluaran, pembatalan atau penurunan sebarang bahan pengiklanan yang dianggap perlu oleh Avon walaupun bahan tersebut telah diluluskan lebih awal oleh Avon atau secara amnya telah mematuhi polisi dan garis panduan Avon.
c. Wakil bersetuju untuk tidak menggunakan atau mendaftar dan tidak memiliki sebarang nama domain, kunci kata atau tag meta yang termasuk, secara keseluruhan atau sebahagian darinya, sebarang dari tanda niaga Avon termasuk tanpa had, nama Avon, dan Wakil dengan ini bersetuju, sekiranya memiliki, untuk memindahkan kepada Avon nama domain tersebut.

11. KESELAMATAN, PRIVASI DAN PEMINDAHAN DATA
(“SECURITY, PRIVACY AND DATA TRANSFER”)

a. Wakil hendaklah mematuhi dengan ketat sebarang undang-undang keselamatan data yang berkaitan maklumat peribadi yang diproses dalam melaksanakan tanggungjawab Wakil di bawah Kontrak ini.
b. Wakil mengesahkan dan bersetuju untuk maklumat peribadi saya (termasuklah maklumat peribadi sensitive saya) dikumpul, digunakan, diproses atau dipindahkan oleh Avon dan entiti gabungan dan pihak ketiga yang diluluskan oleh Avon termasuk dan tidak terhad kepada entiti di negara-negara yang mempunyai tahap keselamatan data yang berlainan bagi tujuan antara lainnya untuk penyelidikan, statistik, pemeriksaan kredit, mengemaskini, memperbaharui, melanjutkan dan/atau meneliti kredit dan/atau bagi tujuan pengutipan hutang termasuk pengutipan hutang oleh pihak ketiga atau apa-apa tujuan lain yang diterangkan di dalam Pernyataan Keselamatan dan Privasi Avon.
c. Wakil memahami bahawa beliau boleh menarik balik kebenaran yang diberikan di bawah Klausa 11(b) tetapi sekiranya Wakil tersebut memilih untuk menarik balik kebenarannya, beliau tidak lagi menjadi seorang Wakil.
d. Sebagai tambahan, Wakil memahami bahawa setelah menandatangi Borang Pendaftaran ini, beliau telah secara automatik bersetuju untuk Avon menggunakan data peribadi (termasuklah data peribadi sensitif) untuk tujuan pemasaran menggunakan apa-apa medium pengiklanan termasuklah tetapi tidak terhad secara elektronik (contohnya melalui emel, media sosial, khidmat pesanan ringkas, WhatsApp, etc.), konservatif atau kaedah lain yang ditetapkan oleh Avon. Wakil turut memahami bahawa beliau boleh menarik balik kebenaran yang diberikan di bawah Klausa 11(d) ini pada bila-bila masa tetapi sekiranya Wakil berbuat demikian, beliau tidak akan lagi mendapat maklumat pemasaran Avon.

12. PEMATUHAN
a. Wakil bersetuju untuk mematuhi terma-terma dan syarat-syarat Kontrak ini, sebarang undang-undang dan peraturan yang berkenaan, dan sebarang polisi, prosedur atau garis panduan dikeluarkan oleh Avon, yang mana boleh dipinda dari semasa ke semasa. Polisi, prosedur atau garis panduan tersebut akan digabungkan dan menjadi sebahagian dari Kontrak ini seolah olah dibentangkan secara penuh di dalam Kontrak ini. Wakil selanjutnya bersetuju untuk mematuhi piawaian dan prinsip yang ditetapkan oleh Persatuan Jualan Langsung Malaysia dan Kementerian yang bertanggungjawab mengawal selia industri jualan langsung;
b. Wakil bersetuju bahawa pelanggaran terhadap sebarang terma-terma dan syarat-syarat boleh mengakibatkan tindakan yang berkenaan diambil oleh Avon termasuk dan tidak terhad kepada Borang Pendaftaran. Wakil memahami bahawa kegagalan untuk memaklumkan Avon mengenai sebarang perubahan maklumat atau sebarang salah nyata akan menjadi asas untuk penamatan Kontrak ini;
c. Wakil akan membayar ganti rugi kepada Avon untuk sebarang liabiliti berikutan tindakan tidak patuh kepada terma dan syarat Kontrak.

13. PENAMATAN
a. Mana-mana pihak mempunyai hak untuk menamatkan kontrak ini berkuatkuasa serta-merta
dengan notis.
b. Setelah Kontrak ini ditamatkan, Wakil akan kehilangan haknya terhadap sebarang pengiktirafan, anugerah atau hak untuk menghadiri sebarang majlis Avon termasuk pengiktirafan, anugerah atau majlis yang mana beliau berkemungkinan layak sebelum penamatan.
c. Melainkan di dalam kes di mana penamatan adalah berikutan pelanggaran Wakil terhadap sebarang terma Kontrak, Wakil mempunyai hak untuk mengembalikan produk Avon yang dibeli sebelum penamatan, tertakluk kepada terma dan syarat yang berkaitan pengembalian produk.
d. Sebagai tambahan, Wakil bersetuju bahawa pendaftaran beliau sebagai Wakil akan ditamatkan kerana tidak aktif, sepertimana yang dinyatakan di dalam polisi, prosedur dan garis panduan yang berkenaan.

14. MAKLUMAT SULIT
Maklumat yang diberikan berkaitan dengan Kontrak ini yang tidak didedahkan kepada umum hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh digunakan atau didedahkan melainkan bertujuan pelaksanaan sesuatu kewajipan di bawah Kontrak ini.

15. PINDAAN
a. Avon mengekalkan haknya untuk meminda terma dan syarat kontrak ini termasuk polisi, prosedur, kod perlakuan atau garis panduan pada bila-bila masa dengan memberikan Wakil notis bertulis kepada alamat Wakil yang berada dalam rekod terkini Avon.
b. Sekiranya Wakil telah mendaftar untuk melakukan aktiviti dalam talian (“online”) atau telah memberikan Avon dengan alamat e-mel, Wakil telah menyatakan kebenaranya untuk Avon mengemukakan komunikasi dan invois secara elektronik, dengan e-mel kepada Wakil atau dengan mengeposkan mesej atau notis di laman web Avon, dan sebarang bentuk komunikasi yang dianggap bersesuaian sebagai notis bertulis.

16. LAIN-LAIN
a. Kontrak ini termasuk sebarang polisi, prosedur atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Avon. Ia boleh dipinda dari masa ke semasa apabila dianggap perlu oleh Avon, merupakan keseluruhan kontrak di antara kedua pihak dan menggantikan sebarang kontrak sebelum ini atau persefahaman.
b. Kontrak ini tidak boleh dipindahkan atau diserah milik tanpa kebenaran bertulis dari Avon terlebih dahulu.
c. Artikel-Artikel 8, 10, 12(c), 14 dan 16(d) masih berkuatkuasa selepas penamatan kontrak.
d. Kontrak ini akan ditadbir dan ditafsir oleh undang-undang Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang pertikaian yang timbul dari kontrak ini, sebarang tindakan undang-undang berkaitan pertikaian tersebut hanya akan difailkan di Mahkamah Malaysia kepada pengecualian mahkamah-mahkamah lain.


KONTRAK INI TERTAKLUK KEPADA TEMPOH BERTENANG SELAMA SEPULUH HARI KERJA

Loading
Loading