TERMA & SYARAT PENUH CABARAN HEY PRETTY OGOS AVON 2023
DARI 11 – 31 AUGUST 2023
( “Cabaran Hey Pretty Avon 2023”)
Dengan mengambil bahagian dalam Cabaran Hey Pretty ogos Avon 2023 (“Kempen/Program”), anda bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat serta keputusan yang telah ditetapkan.
- Program ini dianjurkan oleh Avon Cosmetics (Malaysia) Sendirian Berhad (No.Syarikat 197201001153 (12757-D)), Nombor Lesen Jualan Langsung AJL 93001 (“Syarikat”), dengan alamat perniagaannya di Unit 6-1, Level 6, Tower 2A, UOA Business Park, No.1 Jalan Pengaturcara U1/51A, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
- Tempoh Program adalah dari 11 hingga 31 Ogos 2023 (“Tempoh Program”).
- Program ini terbuka kepada Wakil Bebas Avon Malaysia (“IAR”) yang memenuhi kriteria di bawah;
- Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas;
- IAR baharu dan sedia ada dan terhad kepada satu akaun bagi setiap individu; dan
- IAR yang layak tidak boleh digantung, dibatalkan atau ditamatkan oleh Avon dan dalam kedudukan yang baik sepanjang Tempoh Program.(selepas ini disebut sebagai “Peserta”)
- Tujuan Program adalah untuk memberi ganjaran kepada IAR yang mencapai sasaran jualan bersih kumulatif yang ditentukan dalam Tempoh Program.
- Sasaran jualan bersih kumulatif program ini sah dengan pembelian rangkaian produk haruman Avon, Produk Penjagaan Kulit, Produk Badan & Peralatan Mandian (Avon Total Beauty) sahaja.
- Hadiah untuk program ini adalah Aroma Diffuser Avon dan Minyak Pati Avon, dan Jam Tangan Pinta Avon Jenama Thea mengikut kriteria yang dinyatakan dalam perenggan 7.
- Pemenang akan dipilih mengikut kriteria yang dinyatakan seperti berikut & memenuhi Terma dan Syarat (selepas ini peserta akan dirujuk sebagai "Pemenang").
- Sasaran Jualan bersih termasuk pembelian barangan Avon yang dinyatakan di perengan 5, dari Brosur dan Shop & Earn Kempen 8, 2023.
- Setiap Peserta hanya boleh memenangi satu hadiah mengikut tahap yang dicapai. Setiap Peserta mestilah mencapai sasaran minima yang ditetapkan berdasarkan status mereka atau mencapai sasaran yang lebih tinggi untuk memenangi ganjaran hadiah.
- Hadiah adalah dalam bentuk Aroma Diffuser Avon dan Minyak Pati Avon, dan Jam Tangan Pinta Avon Jenama Thea, dan tidak boleh dipindah-milik dan ditukar kepada sebarang hadiah / barangan lain / baucar, atau ditebus kepada wang tunai / debit dalam akaun sama ada sebahagian atau sepenuhnya.
- Syarikat berhak menggantikan Hadiah dengan mana-mana barangan yang sama nilainya, sekiranya hadiah yang ditawarkan tidak dapat disediakan, tanpa perlu memberi sebarang notis atau alasan awal kepada mana-mana pihak, Sekiranya ini berlaku, Syarikat akan memaklumkan Peserta tentang perubahan tersebut di laman sesawang Syarikat.
- Pengumuman keputusan dan Pemenang adalah pada 30 October 2023 dan hadiah akan diberi pada tarikh yang akan ditetapkan. Pemenang akan dihubungi melalui surat rasmi dan/atau panggilan telefon daripada Syarikat berdasarkan maklumat IAR yang didaftar di dalam pangkalan data Avon sebagai “Wakil Avon Syarikat” dan/atau “Borang Penyertaan”. Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya:
- Pemenang tidak dapat dihubungi tanpa sebarang alasan;
- Kelewatan atau ketidaksampaian notis pemberitahuan kepada Pemenang;
- Penebusan hadiah tidak dilayan setelah tamat tempoh penebusan hadiah.
- Keputusan Syarikat mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Program ini (termasuk tafsiran Terma & Syarat ini) adalah muktamad dan sebarang percubaan untuk mempertikaikan keputusan tersebut tidak akan dilayan. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara Terma & Syarat ini dengan sebarang bentuk cagaran publisiti lain yang berkaitan dengan Program ini, Terma & Syarat ini akan diguna pakai.
- Syarikat berhak untuk membatalkan mana-mana Hadiah yang tidak dituntut selama tiga puluh (30) hari selepas keputusan diumumkan atau hadiah akan dikembalikan atas sebab tidak dapat dihantar.
- Syarikat berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta sekiranya Syarikat mengesyaki dan/atau percaya bahawa Peserta:
- terlibat dalam kelakuan yang tidak beretika, menyalahi undang-undang dan/atau penipuan atau gagal mematuhi mana-mana Terma dan Syarat ini, Akta Jualan Langsung, Akta Skim Anti-Pyramid 1993, Kod Tatakelakuan Persatuan Jualan Langsung Malaysia, mana-mana polisi, garis panduan atau prosedur operasi standard Syarikat;
- membuat pemulangan mana-mana produk dalam tempoh dan/atau mendapat bayaran balik, yang mengakibatkan pengurangan kriteria kelayakan yang dinyatakan dalam Terma & Syarat ini;
- mempunyai akaun tertunggak dan/atau jumlah terhutang kepada Syarikat; dan/atau
- di mana Perjanjian Wakil Jualan Bebas dengan Syarikat ditamatkan atas apa jua sebab pada tempoh syarikat untuk menentukan pemenang Program ini.
- Jika perlu, pemenang hendaklah membentangkan semua dokumentasi yang dianggap perlu oleh Syarikat untuk membenarkan Syarikat dan penerima serah hak mereka menggunakan, memaparkan, menyalin, mengubah suai, mengedar, menerbitkan, menjual, menyerahkan hak, menukar, melesenkan, sub-lesen, di mana-mana dan semua lokasi, dalam apa jua medium, bentuk atau format, dalam sebarang nombor, imej atau rupa atau namanya dalam mana-mana gambar, imej, video, gambar bergerak, rakaman bunyi dan pengeluaran semulanya, dan sebarang biografi maklumat yang diberikan oleh Pemenang kepada Syarikat.
- Penyertaan dalam Program ini merupakan persetujuan Peserta membenarkan Syarikat menggunakan/ memaparkan nama Peserta dan Gambar Pemenang (jika berkenaan) di laman sesawang dan media sosial Syarikat untuk tujuan promosi, bahan-bahan pemasaran dan aktiviti-aktiviti Syarikat tanpa imbuhan tambahan.
- Jika berkenaan, segala kos yang berkaitan dengan Kempen ini seperti panggilan telefon, penginapan, pengangkutan dan sebarang kos perbelanjaan berkaitan ke pejabat Syarikat untuk penerimaan Hadiah adalah tanggungjawab penuh semua Peserta/Pemenang.
- Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin dialami, atau sebarang kecederaan peribadi di sepanjang Peserta menyertai Program ini dan/atau memenangi/penggunaan Hadiah.
- Dengan menyertai Program ini, Peserta bersetuju dengan terma yang dinyatakan dalam Notis Privasi Syarikat, bahawa data peribadinya yang dikumpul atau diberikan oleh/kepada Syarikat boleh diproses, disimpan, dikumpul, digunakan oleh Syarikat, dan boleh dizahirkan kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada kumpulan syarikat Avon, sama ada di dalam atau di luar Malaysia untuk sebarang tujuan. Sekiranya Peserta menarik balik persetujuan untuk pemprosesan, pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan pendedahan data peribadinya oleh Syarikat, Peserta hendaklah memberitahu Syarikat tentang niatnya secara bertulis.
- Syarikat mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, pengesahan dan/atau jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan ke atas kualiti dan/atau kebolehdagangan untuk tujuan khusus produk yang dijual oleh Syarikat.
- Peserta bersetuju untuk mengetepikan apa-apa hak yang dia mungkin ada terhadap Syarikat, pengarahnya, pemegang sahamnya, pegawainya, pekerjanya, wakilnya dan/atau ejennya berkenaan dengan sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin timbul dalam apa jua cara sekalipun berkaitan dengan Program ini.
- Dengan menyertai Program ini, Peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini (yang mungkin dipinda dari masa ke semasa dan oleh itu penyertaan berterusan Peserta dalam Program ini akan membentuk penerimaan Peserta terhadap perubahan tersebut), Notis Privasi Syarikat dan keputusan Syarikat mengenai Pemenang.
- Terma dan syarat Program ini yang diiklankan dalam mana-mana media akan menjadi sebahagian daripada terma dan syarat. Jika terdapat percanggahan atau ketidakselarasan antara terma dan syarat yang terkandung dalam mana-mana media Program ini, ia akan diguna pakai dan mengatasi terma dan syarat yang diiklankan dalam media tersebut.
- Anda boleh mendapatkan teks Notis Privasi Syarikat penuh di laman sesawang Syarikat [https://shop.avon.my/].