KATEGORI A: 40 PEMENANG DENGAN JUALAN BERSIH TERTINGGI
KATEGORI B: 160 PEMENANG DENGAN JUALAN BERSIH TERTINGGI
TERMA & SYARAT PENUH KEMPEN PROGRAM CABARAN DREAM CRUISE AVON VAGANZA UNTUK 200 WAKIL BEBAS GC AVON TERTINGGI
Dari 15 November 2022 - 28 Februari 2023
(“Kempen Program Cabaran Dream Cruise Top 200 GC/Kempen”)
Dengan mengambil bahagian dalam Kempen Program Cabaran Dream Cruise Top 200 GC, anda bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat peraduan serta keputusan yang telah ditetapkan.
- Kempen Program Cabaran Dream Cruise Top 200 GC dianjurkan oleh Avon Cosmetics (M) Sendirian Berhad (No.Syarikat 197201001153 (12757-D)), Nombor Lesen Jualan Langsung AJL 93001 (“Syarikat/Avon”), dengan alamat perniagaannya di Unit 6-1, Level 6, Tower 2A, UOA Business Park, No.1 Jalan Pengaturcara U1/51A, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
- Tujuan Kempen ini adalah untuk memberi ganjaran kepada Wakil Bebas Avon berstatus Golden Circle (“IAR”) yang mencapai sasaran jualan bersih kumulatif yang ditentukan dalam Tempoh Kempen.
- Sasaran jualan bersih kumulatif yang ditentukan dalam Tempoh Kempen ini termasuk semua produk Avon kecuali unit barangan percuma dari risalah Shop & Earn.
- Tempoh Kempen Program Cabaran Dream Cruise Top 200 GC adalah dari 15 November 2022 sehingga 28 Februari 2023 (“Tempoh”).
- Kempen Program Cabaran Dream Cruise Top 200 GC terbuka kepada Wakil Bebas Avon (“IAR”) yang memenuhi semua kriteria di bawah (“Peserta”):
- Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas;
- IAR dengan jualan bersih peribadi dalam Tempoh Kempen sebanyak RM8,000.00 (Ringgit Malaysia Lapan Ribu) ke atas, seperti yang ditentukan dan diisytiharkan oleh Syarikat;
- IAR yang menyertai program ini adalah berdasarkan Status Gelaran terakhir yang dicapai pada 31 Oktober 2022.
200 hadiah (“Hadiah”) boleh dimenangi oleh Peserta yang layak (“Pemenang”), untuk Kempen Program Cabaran Dream Cruise Top 200 GC adalah seperti berikut dan layak dimenangi oleh IAR berdasarkan jadual dan kriteria di perenggan 11 Terma dan Syarat ini:
Lima (5) Baucar Pelancongan Dream Cruise 3 Hari 2 Malam “Twin Sharing” untuk 2 orang bernilai RM3,600.00 setiap satu;
Lima (5) Ketuhar Mikro Panggang Samsung 30L Dengan Fungsi Panggang Goreng Sihat bernilai RM799.00 setiap satu dan lima (5) La Cuisine 33cm Oval Casserole bernilai RM1,265.00 setiap satu;
Sepuluh (10) La Cuisine 33cm Oval Casserole bernilai RM1,265.00 setiap satu;
Dua puluh (20) La Cuisine 26cm Skillet bernilai RM596.00 setiap satu;
Tiga puluh (30) La Cuisine 28cm Saute Casserole bernilai RM1092.00 setiap satu;
Tiga puluh (30) La Cuisine 26cm Skillet bernilai RM596.00 setiap satu;
Lima puluh (50) Jam Tangan Pintar Jenama Avon (Thea) bernilai RM300.00 setiap satu; dan
Lima puluh (50) Jam Tangan Pintar Jenama Avon (Niko) bernilai RM200.00 setiap satu
Semua hadiah tidak boleh dipindah-milik dan ditukar kepada hadiah lain atau ditebus kepada wang tunai atau debit dalam akaun IAR, sama ada sebahagian atau sepenuhnya.
Syarikat berhak mengantikan hadiah dengan mana-mana barangan yang sama nilainya, sekiranya hadiah yang ditawarkan tidak dapat disediakan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sekiranya ini berlaku, Syarikat akan memaklumkan IAR yang layak tentang perubahan tersebut di laman sesawang Syarikat.
Setiap Peserta hanya boleh memenangi satu hadiah berdasarkan kriteria yang dinyatakan dalam perenggan 11, iaitu pemenang dalam Kategori A tidak layak mendapat hadiah dalam Kategori B, dan pemenang dalam Kategori B tidak layak mendapat hadiah dalam Kategori A.
Setiap Peserta mestilah mencapai sasaran mínima yang telah ditetapkan untuk status mereka, atau mencapai sasaran lebih tinggi bagi melayakkan diri sebagai pemenang. Ganjaran akan diberikan berdasarkan pencapaian tertinggi di dalam status GC peserta.
Pemenang akan dipilih oleh Syarikat berdasarkan kriteria di bawah:
Kategori A – 40 Wakil Avon Dengan Jualan Bersih Tertinggi Mengikut Peringkat GC:
Kategori B – 160 Wakil Avon Dengan Jualan Bersih Tertinggi Mengikut Peringkat GC
Pengumuman keputusan dan Pemenang yang layak memenangi Hadiah akan diadakan pada 31 Mei 2023 dan hadiah akan diberi pada tarikh yang akan ditetapkan. Pemenang akan dihubungi melalui surat rasmi dan/atau panggilan telefon daripada Syarikat berdasarkan maklumat Wakil Bebas Avon yang didaftar di dalam pangkalan data Avon sebagai “Wakil Avon Syarikat” dan/atau “Borang Penyertaan”. Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya:
Pemenang tidak dapat dihubungi tanpa sebarang alasan;
Kelewatan atau ketidaksampaian notis pemberitahuan kepada Pemenang;
Penebusan hadiah tidak dilayan setelah tamat tempoh penebusan hadiah.
Keputusan Syarikat mengenai Pemenang adalah muktamad dan sebarang percubaan untuk mempertikaikan keputusan tersebut tidak akan dilayan.
Syarikat berhak untuk membatalkan mana-mana Hadiah yang tidak dituntut selama tiga puluh hari selepas keputusan diumumkan atau hadiah akan dikembalikan atas sebab tidak dapat dihantar.
Syarikat berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta sekiranya Syarikat mengesyaki dan/atau percaya bahawa Peserta:
terlibat dalam kelakuan yang tidak beretika, menyalahi undang-undang dan/atau penipuan atau gagal mematuhi mana-mana Terma dan Syarat ini, Akta Jualan Langsung, Akta Skim Anti-Pyramid 1993, Kod Tatakelakuan Persatuan Jualan Langsung Malaysia, mana-mana polisi, garis panduan atau prosedur operasi standard Syarikat;
membuat pemulangan mana-mana produk dalam tempoh dan/atau mendapat bayaran balik, yang mengakibatkan pengurangan kriteria kelayakan yang dinyatakan dalam perenggan 5 Terma dan Syarat ini;
mempunyai akaun tertunggak dan/atau jumlah terhutang kepada Syarikat; dan/atau
di mana Perjanjian Wakil Jualan Bebas dengan Syarikat ditamatkan atas apa jua sebab pada tempoh syarikat untuk menentukan pemenang Kempen Program Cabaran Dream Cruise Top 200 GC.
Jika perlu, Pemenang hendaklah membentangkan semua dokumentasi yang dianggap perlu oleh Syarikat untuk membenarkan Syarikat dan penerima serah hak mereka menggunakan, memaparkan, menyalin, mengubah suai, mengedar, menerbitkan, menjual, menyerahkan hak, menukar, melesenkan, sub-lesen, di mana-mana dan semua lokasi, dalam apa jua medium, bentuk atau format, dalam sebarang nombor, imej atau rupa atau namanya dalam mana-mana gambar, imej, video, gambar bergerak, rakaman bunyi dan pengeluaran semulanya, dan sebarang biografi maklumat yang diberikan oleh Pemenang kepada Syarikat.
Penyertaan dalam Kempen ini merupakan persetujuan Peserta membenarkan Syarikat menggunakan/ memaparkan nama Peserta dan Gambar Pemenang (jika berkenaan) di laman sesawang dan media sosial Syarikat untuk tujuan promosi, bahan-bahan pemasaran dan aktiviti-aktiviti Syarikat tanpa imbuhan tambahan.
Jika berkenaan, segala kos yang berkaitan dengan Kempen ini seperti panggilan telefon, penginapan, pengangkutan, peribadi dan sebarang kos perbelanjaan berkaitan ke pejabat Syarikat untuk penerimaan Hadiah adalah tanggungjawab penuh semua Peserta/Pemenang.
Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin dialami, atau sebarang kecederaan peribadi di sepanjang penyertaan Peserta di dalam Kempen Program Cabaran Dream Cruise Top 200 GC dan/atau memenangi/penggunaan Hadiah.
Dengan menyertai Kempen Program Cabaran Dream Cruise Top 200 GC, Peserta bersetuju dengan terma yang dinyatakan dalam Notis Privasi Syarikat, bahawa data peribadinya yang dikumpul atau diberikan oleh/kepada Syarikat boleh diproses, disimpan, dikumpul, digunakan oleh Syarikat, dan boleh dizahirkan kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada kumpulan syarikat Avon dan kumpulan syarikat Natura &Co, sama ada di dalam atau di luar Malaysia untuk sebarang tujuan. Sekiranya Peserta menarik balik persetujuan untuk pemprosesan, pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan pendedahan data peribadinya oleh Syarikat, Peserta hendaklah memberitahu Syarikat tentang niatnya secara bertulis.
Syarikat mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, pengesahan dan/atau jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan ke atas kualiti dan/atau kebolehdagangan untuk tujuan khusus produk yang dijual oleh Syarikat.
Peserta bersetuju untuk mengetepikan apa-apa hak yang mungkin dipunyai terhadap Syarikat, pengarahnya, pemegang sahamnya, pegawainya, pekerjanya, wakilnya dan/atau ejennya berkenaan dengan sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin timbul dalam apa jua cara sekalipun berkaitan dengan Kempen Program Cabaran Dream Cruise. Top 200 GC.
Dengan menyertai Kempen Program Cabaran Dream Cruise Top 200 GC, Peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini (yang mungkin dipinda dari masa ke semasa dan oleh itu penyertaan berterusan Peserta dalam Kempen Program Cabaran Dream Cruise Top 200 GC akan membentuk penerimaan Peserta terhadap perubahan tersebut), Notis Privasi Syarikat dan keputusan Syarikat mengenai Pemenang.
Terma dan syarat Kempen Program Cabaran Dream Cruise Top 200 GC yang diiklankan dalam mana-mana media akan menjadi sebahagian daripada Terma dan Syarat ini. Jika terdapat percanggahan atau ketidakselarasan antara terma dan syarat yang terkandung dalam mana-mana media Kempen Program Cabaran Dream Cruise Top 200 GC, Terma dan Syarat ini akan diguna pakai dan mengatasi terma dan syarat yang diiklankan dalam media tersebut.
Anda boleh mendapatkan teks Notis Privasi Syarikat penuh di laman sesawang Syarikat https://shop.avon.my/.