Image title
Image title

TERMA & SYARAT PENUH PERADUAN DREAM CRUISE AVON VAGANZA UNTUK WAKIL BEBAS NGC AVON Dari 15 November 2022 - 28 Februari 2023

(“Peraduan Avon Vaganza Dream Cruise Khas NGC”)


Dengan mengambil bahagian dalam Peraduan Dream Cruise NGC, anda bersetuju untuk mematuhi segala terma dan syarat peraduan serta keputusan yang telah ditetapkan.
  1. Peraduan Dream Cruise NGC (“Peraduan”) dianjurkan oleh Avon Cosmetics (M) Sendirian Berhad (No.Syarikat 197201001153 (12757-D)) & Nombor Lesen Jualan Langsung AJL 93001 (“Syarikat/Avon”), dengan alamat perniagaannya di Unit 6-1, Level 6, Tower 2A, UOA Business Park, No.1 Jalan Pengaturcara U1/51A, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
  2. Tujuan Peraduan ini adalah untuk memberi ganjaran kepada Wakil Bebas Avon berstatus Non-Golden Circle (“NGC”) yang melakukan lebih banyak pembelian dalam Tempoh Peraduan.
  3. Peraduan ini akan berlangsung dari 15 November 2022 sehingga 28 Februari 2023 (“Tempoh”).
  4. Semua penyertaan yang lengkap mesti diterima oleh Syarikat sebelum 1 Mac 2023. Sebarang penyertaan yang diterima selepas 1 Mac 2023 tidak akan diambil kira untuk Peraduan ini.
  5. Peraduan ini terbuka kepada semua Wakil Bebas Avon berstatus Non-Golden Circle yang memenuhi semua kriteria di bawah (“Peserta”):
    • Warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas dan mempunyai kad pengenalan yang sah kecuali petugas dan ahli keluarga terdekat Avon, pemegang francais Avon, Agensi Pengiklanan, Promosi dan Pemasaran, Perunding Perhubungan Awam dan Syarikat Percetakan yang berkaitan dengan Avon;
    • Wakil Avon perlulah berstatus NGC pada 30 Oktober 2022, termasuk Wakil Avon baru yang menyertai Avon dalam Tempoh Peraduan.
  6. 344 hadiah boleh dimenangi oleh Peserta dalam Peraduan ini (“Hadiah”):
    • Hadiah Pertama: Satu (1) Baucar Pelancongan Dream Cruise 3 Hari 2 Malam “Twin Sharing” untuk 2 orang bernilai RM3,600.00 setiap satu;
    • Hadiah Kedua: Lapan (8) Samsung 30L Ketuhar Gelombang Mikro dengan Fungsi “Healthy Grill Fry” bernilai RM799.00 setiap satu;
    • Hadiah Ketiga: Lima Puluh (50) La Cuisine 20cm Deep Casserole bernilai RM679.00 setiap satu;
    • Hadiah Keempat: Enam Puluh Lima (65) Jam Tangan Pintar Jenama Avon (Niko) bernilai RM200 setiap satu;
    • Hadiah Kelima: Sembilan Puluh (90) Barangan Avon bernilai RM50.00 setiap satu; dan
    • Hadiah Saguhati: Satu Ratus Tiga Puluh (130) debit tunai berjumlah RM20.00 yang akan didebitkan dalam akaun wakil Avon NGC di mana jumlah tersebut sah selama 60 hari* dari hari ia didebitkan(*) Jumlah yang didebitkan akan secara automatik digunakan untuk pembayaran balik hutang kepada Avon sekiranya akaun wakil Avon NGC tersebut mempunyai baki hutang tertunggak.
  7. Untuk menyertai Peraduan ini, Peserta mestilah:
    • Aktif membeli produk Avon dalam Tempoh Peraduan;
    • Membeli produk Avon dengan jumlah minima RM300.00 bagi Semenanjung Malaysia (“WM“) dan jumlah minima RM345.00 bagi Malaysia Borneo (“EM“), di mana harga ini merupakan harga bersih secara kumulatif; dan tidak termasuk barangan percuma dari Risalah Shop & Earn dalam Tempoh Peraduan; dari mana-mana Butik Kecantikan Avon atau di laman sesawang Avon: https://avon.shop.my;
    • Setiap pembelian kumulatif RM300.00 untuk WM dan RM345.00 untuk EM (harga bersih) akan melayakkan Peserta untuk SATU penyertaan;
    • Setiap penyertaan mesti disertakan dengan SATU borang penyertaan yang dilengkapi dengan:
      • Nombor akaun NGC;
      • Satu slogan kreatif lengkap yang bermula dengan:
        •  “Avon pilihan saya kerana ________” atau
        •  “Avon is my choice because ________”
      • Borang yang telah dilengkapkan mesti dihantar kepada pihak Avon melalui ‘Google Form’ yang disediakan seperti tertera di Perenggan 8 Terma & Syarat ini.
  8. Borang penyertaan boleh didapati melalui halaman Peraduan Dream Cruise NGC di laman sesawang Avon (https://avon.shop.my/NGCvaganzadreamcruisecontest), mana-mana akaun media sosial Avon serta melalui Kod QR di iklan poster Peraduan (https://bit.ly/NGCavDcruiseContest). Penyertaan yang dihantar kepada pihak Avon bukan melalui borang penyertaan yang ditetapkan (iaitu Google Form) tidak akan diterima, termasuk penyertaan yang dihantar melalui e-mel atau surat-menyurat kepada alamat Syarikat.
  9. Peserta boleh hantar lebih dari satu borang penyertaan lengkap kepada pihak Avon melalui ‘Google Form’ yang disediakan. Pembelian tanpa borang penyertaan ATAU borang penyertaan yang tidak lengkap, tidah sah, tidak tepat atau pembelian yang tidak memenuhi kriteria minima yang tertera di Perenggan 7 di atas tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Peraduan.
  10. Setiap Pemenang Peraduan hanya berhak memenangi satu (1) Hadiah. Penyertaan akan disenarai-pendekkan berdasarkan Terma & Syarat Peraduan ini. Slogan akan dipilih berdasarkan penulisan paling unik dan kreatif yang dikemukakan kepada pihak Avon, melalui sesi penjurian yang akan dilakukan oleh panel juri Avon.
  11. Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya penyertaan yang dihantar oleh Peserta tidak diterima secara sah dan direkodkan di dalam pangkalan data borang penyertaan yang ditetapkan.
  12. Setiap penyertaan lengkap perlu dihantar melalui borang penyertaan yang ditetapkan. Peserta juga perlu mengemukakan butiran peribadi yang terkini yang telah dikemaskinikan di dalam pangkalan data Avon melalui laman sesawang Avon di mana-mana Butik Kecantikan Avon di seluruh Malaysia.  
  13. Syarikat berhak untuk menarik-balik hadiah / membatalkan Pemenang sekiranya Pemenang tidak memenuhi Terma & Syarat Peraduan; atau jika Syarikat mengesyaki dan/atau percaya bahawa Peserta:
  14. Pengumuman keputusan dan Pemenang yang layak memenangi Hadiah akan diadakan pada 31 Mei 2023 dan hadiah akan diberi pada tarikh yang akan ditetapkan. Pemenang akan dihubungi melalui surat rasmi dan/atau panggilan telefon daripada Syarikat berdasarkan maklumat Wakil Bebas Avon yang didaftar di dalam pangkalan data Avon sebagai “Wakil Avon Syarikat” dan/atau “Borang Penyertaan”. Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya:
  15. Keputusan Syarikat mengenai Pemenang adalah muktamad dan sebarang percubaan untuk mempertikaikan keputusan tersebut tidak akan dilayan.
  16. Syarikat berhak untuk membatalkan mana-mana Hadiah yang tidak dituntut selama tiga puluh hari selepas keputusan diumumkan atau hadiah akan dikembalikan atas sebab tidak dapat dihantar.
  17. Jika perlu, Pemenang hendaklah membentangkan semua dokumentasi yang dianggap perlu oleh Syarikat untuk membenarkan Syarikat dan penerima serah hak mereka menggunakan, memaparkan, menyalin, mengubah suai, mengedar, menerbitkan, menjual, menyerahkan hak, menukar, melesenkan, sub-lesen, di mana-mana dan semua lokasi, dalam apa jua medium, bentuk atau format, dalam sebarang nombor, imej atau rupa atau namanya dalam mana-mana gambar, imej, video, gambar bergerak, rakaman bunyi dan pengeluaran semulanya, dan sebarang biografi maklumat yang diberikan oleh Pemenang kepada Syarikat.
  18. Penyertaan dalam Peraduan ini merupakan persetujuan Peserta membenarkan Syarikat menggunakan / memaparkan nama Peserta, Slogan Penyertaan dan Gambar Pemenang (jika berkenaan) di laman sesawang dan media sosial Syarikat untuk tujuan promosi, bahan-bahan pemasaran dan aktiviti-aktiviti Syarikat tanpa imbuhan tambahan.
  19. Jika berkenaan, segala kos yang berkaitan dengan Peraduan ini seperti panggilan telefon, penginapan, pengangkutan, peribadi dan sebarang kos perbelanjaan berkaitan ke pejabat Syarikat untuk penerimaan Hadiah adalah tanggungjawab penuh semua Peserta/Pemenang.
  20. Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin dialami, atau sebarang kecederaan peribadi di sepanjang penyertaan Peserta di dalam Peraduan Dream Cruise NGC dan/atau memenangi/penggunaan Hadiah.
  21. Dengan menyertai Peraduan Dream Cruise NGC, Peserta bersetuju dengan terma yang dinyatakan dalam Notis Privasi Syarikat, bahawa data peribadinya yang dikumpul atau diberikan oleh/kepada Syarikat boleh diproses, disimpan, dikumpul, digunakan oleh Syarikat, dan boleh dizahirkan kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada kumpulan syarikat Avon dan kumpulan syarikat Natura &Co, sama ada di dalam atau di luar Malaysia untuk sebarang tujuan. Sekiranya Peserta menarik balik persetujuan untuk pemprosesan, pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan pendedahan data peribadinya oleh Syarikat, Peserta hendaklah memberitahu Syarikat tentang niatnya secara bertulis.
  22. Syarikat mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, pengesahan dan/atau jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan ke atas kualiti dan/atau kebolehdagangan untuk tujuan khusus produk yang dijual oleh Syarikat.
  23. Peserta bersetuju untuk mengetepikan apa-apa hak yang mungkin dipunyai terhadap Syarikat, pengarahnya, pemegang sahamnya, pegawainya, pekerjanya, wakilnya dan/atau ejennya berkenaan dengan sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin timbul dalam apa jua cara sekalipun berkaitan dengan Peraduan Dream Cruise NGC.
  24. Dengan menyertai Peraduan Dream Cruise NGC, Peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini (yang mungkin dipinda dari masa ke semasa dan oleh itu penyertaan berterusan Peserta dalam Peraduan Dream Cruise NGC akan membentuk penerimaan Peserta terhadap perubahan tersebut), Notis Privasi Syarikat dan keputusan Syarikat mengenai Pemenang.
  25. Terma dan syarat Peraduan Dream Cruise NGC yang diiklankan dalam mana-mana media akan menjadi sebahagian daripada Terma dan Syarat ini. Jika terdapat percanggahan atau ketidakselarasan antara terma dan syarat yang terkandung dalam mana-mana media Peraduan Dream Cruise NGC, Terma dan Syarat ini akan diguna pakai dan mengatasi terma dan syarat yang diiklankan dalam media tersebut.
  26. Anda boleh mendapatkan teks Notis Privasi Syarikat penuh di laman sesawang Syarikat https://shop.avon.my/ 
Image title
Loading
Loading