PENGESAHAN WAKIL JUALAN AVON

Saya telah membaca dan memahami terma dan syarat di muka surat ini termasuk perenggan di bawah dan bersetuju untuk mematuhi segala terma dan syarat:-

1. Pengesahan dan perakuan ini akan digunapakai untuk semua produk dan syarikat di bawah Avon Cosmetics (M) Sdn. Bhd. (“Syarikat/Avon”)

2. Saya mengesahkan bahawa maklumat yang disediakan dalam borang permohonan yang telah dilengkapkan oleh saya adalah benar, tepat dan lengkap.

3. Saya tidak menyembunyikan sebarang maklumat yang mungkin menjejaska permohonan saya sebagai Wakil Jualan Avon.

4. Permohonan adalah hak milik Syarikat tanpa mengambil kira sama ada kemudahan/akaun adalah diluluskan dan Syarikat berhak untuk menolak permohonan ini mengikut budi bicaranya tanpa memberikan sebarang sebab.

5. Maklumat dalam borang ini dan maklumat lain yang saya beri kepada Syarikat dan/atau diperolehi oleh Syarikat selaras saya menjadi Wakil Jualan Avon akan digunakan oleh Syarikat antara lainnya untuk tujuan, penyelidikan, statistik, pemeriksaan kredit, mengemaskini, memperbaharui, melanjutkan dan/atau meneliti kredit, dan/atau bagi tujuan pengutipan hutang termasuk pengutipan hutang oleh pihak ketiga.

6. Saya faham bahawa pelantikan saya tidak menjadikan saya pekerja atau wakil undang-undang sah bagi Syarikat atau pemegang francais (jika berkenaan), atau memberi saya sebarang kuasa untuk bercakap bagi pihak atau mengikat saya atau Syarikat.

7. Saya akan mengendalikan perniagaan Avon, membeli dan menjual produk Avon untuk akaun saya sendiri.

8. Saya tidak akan membuat sebarang tuntutan, pernyataan atau kenyataan tentang Avon atau produknya kecuali seperti yang dibenarkan dalam polisi Avon..

9. Saya hanya akan menyebarkan polisi rasmi Avon.

10. Saya akan menanggung sepenuhnya kerugian Avon terhadap sebarang liabiliti undang-undang termasuklah tetapi tidak terhad kepada yang timbul daripada tuntutan yang tidak dibenarkan dan representasi atau kenyataan yang dibuat oleh saya.

11. Saya bersetuju untuk mematuhi semua Pelan Jualan dan Pemasaran Avon seperti yang dinyatakan dalam polisi dan/atau garis panduan rasmi Avon, dan/atau dokumen-dokumen formal lain yang dikeluarkan oleh Avon dan mematuhi semangat serta prinsip, polisi dan mematuhi keperluan yang ditetapkan dalam Akta Jualan Langsung 1993.

12. Saya telah membaca dan memahami keseluruhan Terma & Syarat serta Nota Privasi berkaitan Data Peribadi & Data Peribadi Sensitif Avon yang disediakan di Butik Kecantikan Avon ketika proses pendaftaran ini atau di laman web Avon. Saya dengan ini membenarkan dan bersetuju untuk data peribadi dan data peribadi sensitif saya dikumpul, digunakan, diproses, disimpan dan/atau diedahkan kepada pihak ketiga yang dibenarkan oleh Avon dan syarikat yang diperbadankan berkenaan dengannya, termasuklah tetapi tidak terhad kepada pemegang saham Avon dan pengutip hutang sah yang dilantik oleh Avon. Untuk mengelakkan keraguan, saya juga secara jelas bersetuju untuk Avon mengumpul, menyimpan dan memproses sebarang data peribadi sensitif saya bagi tujuan tersebut.

13. Saya telah membaca dan memahami segala polisi, prosedur dan panduan semasa Avon yang dimuat turun di laman web (https://shop.avon.my) atau diberikan kepada saya dan bersetuju untuk mematuhi kesemuanya.

14. Saya telah membaca dan memahami keseluruhan terma-terma dan syarat-syarat terkandung di dalam Borang Pendaftaran ini dan bersetuju untuk mematuhi segala terma-terma dan syarat-syarat, polisi-polisi Avon, prosedur dan garis panduan termasuk sebarang pindaan di masa hadapan
dan mematuhi segala undang-undang dan peruntukan yang berkaitan serta sebarang pindaan di masa hadapan.

15. Saya memahami bahawa kontrak ini adalah tertakluk kepada penerimaan Avon atas kuasa mutlaknya.
Loading
Loading