Image title

Terma & Syarat Penuh:

1. Program ini berlangsung dari 1 hingga 29 Februari 2024 ("Tempoh Program").

2. Program ini terbuka kepada semua Wakil Avon ("Perujuk"). Wakil yang layak mesti mengekalkan kedudukan baik sepanjang Tempoh Program dan tidak boleh digantung, dibatalkan atau ditamatkan oleh Avon.

3. Rujukan yang diakui (“Rujukan Berjaya”) ialah satu di mana:

  • Wakil Baru Rujukan mesti memberikan Nama Wakil Perujuk dan Nombor Akaun Perujuk semasa pendaftaran secara atas talian. Jika Wakil Baru Rujukan telah mendaftar tanpa menggunakan rujukan ini, Perujuk tidak akan mendapat bonus tunai (e-baucar).
  • Wakil Baru Rujukan  mesti membuat Pembelian Minimum sebanyak RM60 BPS dalam satu resit secara atas talian pada bulan kalendar pertama pendaftaran mereka.
  • Perujuk akan menerima bonus tunai sebanyak RM5 e-baucar bagi setiap Wakil Baru Rujukan dan ganjaran produk, sehingga maksimum 100 rujukan bagi setiap Perujuk.

4. Untuk melayakkan diri untuk bonus tunai dan ganjaran produk, Perujuk mesti memenuhi keperluan yang digariskan di bawah.

  • Rujuk 1 wakil baru: Dapatkan e-baucar RM 5 bagi setiap wakil baru
  • Rujuk 5 wakil baru: Dapatkan e-baucar RM5 bagi setiap wakil baru + 1 Produk Avon
  • Rujuk 10 atau lebih wakil baru: Dapatkan e-baucar RM5 bagi setiap wakil baru + 2 Produk Avon

5. Wakil Baru Rujukan sendiri tidak akan diterima untuk Program Rujukan Wakil Baru ini. Hanya satu rujukan untuk setiap Wakil Baru Rujukan akan dikira. Sekiranya Wakil Baru Rujukan dirujuk oleh lebih daripada seorang Perujuk, rujukan yang diakui akan berdasarkan butiran Perujuk yang disahkan oleh Wakil Baru Rujukan.

6. Perujuk tidak akan layak untuk sebarang promosi perekrut Avon yang lain atau digabungkan dengan mana-mana promosi lain melainkan dibenarkan sebaliknya oleh Avon mengikut budi bicara mutlaknya.

7. Bonus tunai atau e-baucar akan dikreditkan ke Akaun Perujuk selewat-lewatnya pada 25hb Bulan depan dan akan digunakan untuk mengimbangi sebarang baki tertunggak dalam Akaun Perujuk. Nilai bonus tunai tidak boleh dipindah milik, tidak boleh diserah hak dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau barangan. Untuk memperoleh bonus tunai, Akaun Perujuk mesti berada dalam kedudukan yang baik dan tidak boleh dibatalkan, ditamatkan atau digantung atas sebarang sebab.

8. Ganjaran produk akan dihantar ke Butik Avon pilihan Perujuk untuk penebusan selepas pengumuman keputusan. Avon berhak menggantikan mana-mana hadiah percuma dengan mana-mana barangan lain yang nilainya hampir sama atau dalam kategori barangan yang sama di sepanjang tempoh promosi

9. Syarikat berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Wakil Avon sekiranya Syarikat mengesyaki dan/atau percaya bahawa Wakil Avon:

  1. terlibat dalam kelakuan yang tidak beretika, menyalahi undang-undang dan/atau penipuan atau gagal mematuhi mana-mana Terma dan Syarat ini, Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993, Kod Tatakelakuan Persatuan Jualan Langsung Malaysia, mana-mana polisi, garis panduan atau prosedur operasi standard Syarikat;
  2. mempunyai akaun tertunggak dan/atau jumlah terhutang kepada Syarikat; dan/atau
  3. di mana Perjanjian Wakil Jualan Bebas dengan Syarikat ditamatkan atas apa jua sebab pada tempoh Program ini.

10. Penyertaan dalam Program ini merupakan persetujuan Wakil Avon membenarkan Syarikat menggunakan/ memaparkan nama Wakil Avon dan gambar pemenang (jika berkenaan) di laman sesawang dan media sosial Syarikat untuk tujuan promosi, bahan-bahan pemasaran dan Program-Program Syarikat tanpa imbuhan tambahan.

11. Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin dialami, atau sebarang kecederaan peribadi di sepanjang Wakil menyertai Program ini dan/atau memenangi/penggunaan Hadiah.

12. Dengan menyertai Program ini, Wakil Avon bersetuju dengan terma yang dinyatakan dalam Notis Privasi Syarikat, bahawa data peribadinya yang dikumpul atau diberikan oleh/kepada Syarikat boleh diproses, disimpan, dikumpul, digunakan oleh Syarikat, dan boleh didedahkan kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada kumpulan Syarikat, sama ada di dalam atau di luar Malaysia untuk sebarang tujuan. Sekiranya Wakil Avon menarik balik persetujuan untuk pemprosesan, pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan pendedahan data peribadinya oleh Syarikat, Wakil Avon hendaklah memberitahu Syarikat tentang niatnya secara bertulis.

13. Syarikat mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, pengesahan dan/atau jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan ke atas kualiti dan/atau kebolehdagangan untuk tujuan khusus produk yang dijual oleh Syarikat.

14. Wakil bersetuju untuk mengetepikan apa-apa hak yang dia mungkin ada terhadap Syarikat, pengarahnya, pemegang sahamnya, pegawainya, pekerjanya, wakilnya dan/atau ejennya berkenaan dengan sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin timbul dalam apa jua cara sekalipun berkaitan dengan Program ini.

15. Dengan menyertai Program ini, Wakil Avon bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini (yang mungkin dipinda dari masa ke semasa dan oleh itu penyertaan berterusan Wakil Avon dalam Program ini akan membentuk penerimaan Wakil Avon terhadap perubahan tersebut), Notis Privasi Syarikat dan keputusan Syarikat mengenai Pemenang.

16. Terma dan syarat Program ini yang diiklankan dalam mana-mana media akan menjadi sebahagian daripada terma dan syarat. Jika terdapat percanggahan atau ketidakselarasan antara terma dan syarat yang terkandung dalam mana-mana media Program ini, ia akan diguna pakai dan mengatasi terma dan syarat yang diiklankan dalam media tersebut.

17. Anda boleh mendapatkan teks penuh Notis Privasi Syarikat di laman web Syarikat [https://shop.avon.my/]




Loading
Loading