TERMA & SYARAT PENUH PROGRAM CABARAN EMAS 2022

(“Program Cabaran Emas”)

  1. Program cabaran ini dianjurkan oleh Avon Cosmetics (Malaysia) Sendirian Berhad (No.Syarikat 197201001153 (12757-D)), Nombor Lesen Jualan Langsung AJL 93001 (“Syarikat”), dengan alamat perniagaannya di Unit 6-1, Level 6, Tower 2A, UOA Business Park, No.1 Jalan Pengaturcara U1/51A, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
  2. Tujuan Program Emas adalah untuk memberi ganjaran kepada Wakil Bebas Avon (“IAR”) yang mencapai sasaran jualan yang ditentukan dalam tempoh program.
  3. Tempoh Program Emas adalah dari 15 Jun 2022 hingga 31 Ogos 2022 (“Tempoh”).
  4. Kempen Emas terbuka kepada Wakil Avon yang memenuhi kriteria di bawah:
    • Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas; dan
    • IAR dengan jualan bersih peribadi dalam tempoh RM3,500.00 (tiga ribu lima ratus ringgit malaysia) ke atas, seperti yang ditentukan dan diisytiharkan oleh Syarikat.(Di bawah Wakil Bebas Avon (“IAR”) akan dirujuk sebagai “Peserta”)
  5. Jika jualan bersih peribadi Peserta mencecah RM3,500.00 selepas program, dia tidak layak untuk menyertai Program ini.
  6. Hadiah untuk Program Emas ialah Baucar Tunai Habib bernilai RM150.00, RM300.00, RM650.00, RM1,200.00 dan RM1,500.00 (“Hadiah”) dan pemenang akan dipilih mengikut kriteria yang dinyatakan dalam perenggan 10 Terma dan Syarat ini (selepas ini dirujuk sebagai "Pemenang").
  7. Hadiah adalah dalam bentuk baucar tunai, tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai.
  8. Syarikat berhak mengantikan Hadiah dengan mana-mana barangan yang sama nilainya, sekiranya hadiah yang ditawarkan tidak dapat disediakan. Sekiranya ini berlaku, Syarikat akan memaklumkan Peserta tentang perubahan tersebut di laman sesawang Syarikat.
  9. Terkecuali Pemenang yang layak di bawah Terma dan Syarat Perenggan 10 (ii), setiap Peserta hanya boleh memenangi satu hadiah untuk Program ini.
  10. Pemenang akan dipilih oleh Syarikat berdasarkan kriteria di bawah:
    • Image title
    • Ganjaran 10 Jualan Terbaik, dimana 10 IAR yang mencapai jualan tertinggi, dengan syarat jualan minimum mencapai RM100,000.00 dalam tempoh program, akan menerima Baucar Tunai Tambahan Habib bernilai RM1,500.00.
  11. Syarikat akan menghubungi Pemenang melalui nombor telefon mereka yang disediakan dalam borang pendaftaran sebagai Wakil Avon Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana Pemenang tidak dapat dihubungi atas apa jua sebab.
  12. Keputusan Syarikat mengenai Pemenang adalah muktamad dan sebarang percubaan untuk mempertikaikan keputusan tersebut tidak akan dilayan.
  13. Syarikat berhak untuk membatalkan mana-mana Hadiah yang tidak dituntut selama tiga puluh hari selepas keputusan diumumkan atau hadiah akan dikembalikan atas sebab tidak dapat dihantar.
  14. Syarikat berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta sekiranya Syarikat mengesyaki dan/atau percaya bahawa Peserta:
    • terlibat dalam kelakuan yang tidak beretika, menyalahi undang-undang dan/atau penipuan atau gagal mematuhi mana-mana Terma dan Syarat ini, Akta Jualan Langsung, Akta Skim Anti-Pyramid 1993, Kod Tatakelakuan Persatuan Jualan Langsung Malaysia, mana-mana polisi, garis panduan atau prosedur operasi standard Syarikat;
    • membuat pemulangan mana-mana produk dalam tempoh dan/atau mendapat bayaran balik, yang mengakibatkan pengurangan kriteria kelayakan yang dinyatakan dalam perenggan 4 Terma dan Syarat ini;
    • mempunyai akaun tertunggak dan/atau jumlah terhutang kepada Syarikat; dan/atau
    • di mana Perjanjian Wakil Jualan Bebas dengan Syarikat ditamatkan atas apa jua sebab pada tempoh syarikat untuk menentukan pemenang Program Emas. 
  15. Jika perlu, pemenang hendaklah membentangkan semua dokumentasi yang dianggap perlu oleh Syarikat untuk membenarkan Syarikat dan penerima serah hak mereka menggunakan, memaparkan, menyalin, mengubah suai, mengedar, menerbitkan, menjual, menyerahkan hak, menukar, melesenkan, sub-lesen, di mana-mana dan semua lokasi, dalam apa jua medium, bentuk atau format, dalam sebarang nombor, imej atau rupa atau namanya dalam mana-mana gambar, imej, video, gambar bergerak, rakaman bunyi dan pengeluaran semulanya, dan sebarang biografi maklumat yang diberikan oleh Pemenang kepada Syarikat.
  16. Penyertaan dalam Program Emas merupakan persetujuan Peserta untuk Syarikat menggunakan nama dan gambar Peserta untuk tujuan promosi, bahan-bahan pemasaran dan aktiviti-aktiviti Syarikat.
  17. Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin dialami, atau sebarang kecederaan peribadi di sepanjang Peserta menyertai Program Emas dan/atau memenangi/penggunaan Hadiah.
  18. Dengan menyertai Program Emas, Peserta bersetuju dengan terma yang dinyatakan dalam Notis Privasi Syarikat, bahawa data peribadinya yang dikumpul atau diberikan oleh/kepada Syarikat boleh diproses, disimpan, dikumpul, digunakan oleh Syarikat, dan boleh dizahirkan kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada kumpulan syarikat Avon, sama ada di dalam atau di luar Malaysia untuk sebarang tujuan. Sekiranya Peserta menarik balik persetujuan untuk pemprosesan, pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan pendedahan data peribadinya oleh Syarikat, Peserta hendaklah memberitahu Syarikat tentang niatnya secara bertulis.
  19. Syarikat mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, pengesahan dan/atau jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan ke atas kualiti dan/atau kebolehdagangan untuk tujuan khusus produk yang dijual oleh Syarikat.
  20. Peserta bersetuju untuk mengentepikan apa-apa hak yang dia mungkin ada terhadap Syarikat, pengarahnya, pemegang sahamnya, pegawainya, pekerjanya, wakilnya dan/atau ejennya berkenaan dengan sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin timbul dalam apa jua cara sekalipun berkaitan dengan Program Emas.
  21. Dengan menyertai Program Emas, Peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini (yang mungkin dipinda dari masa ke semasa dan oleh itu penyertaan berterusan Peserta dalam Program Emas akan membentuk penerimaan Peserta terhadap perubahan tersebut), Notis Privasi Syarikat dan keputusan Syarikat mengenai Pemenang.
  22. Terma dan syarat Program Emas ini yang diiklankan dalam mana-mana media akan menjadi sebahagian daripada terma dan syarat. Jika terdapat percanggahan atau ketidakselarasan antara terma dan syarat yang terkandung dalam mana-mana media Program Emas, ia akan diguna pakai dan mengatasi terma dan syarat yang diiklankan dalam media tersebut.
  23.  Anda boleh mendapatkan teks Notis Privasi Syarikat penuh disini 
Loading
Loading